Utusan Borneo (Sabah)

DUA MAUT, TIGA CEDERA

Kenderaan Perodua Kancil dinaiki terbabas dalam kemalangan

- Oleh JOHAN AZIZ

KUDAT: Dua maut dan tiga lagi cedera apabila kenderaan Perodua Kancil yang dinaiki mereka terbabas dalam kemalangan jalan raya yang berlaku di kawasan Kampung Suanpai, Jalan Tajau/Tiga Papan, di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Superinten­den Douglas Nyeging Taong memberitah­u di sini kelmarin, dalam kejadian jam 1.58 petang itu, dua mangsa merupakan anak beranak maut di tempat kejadian.

Kedua- dua mangsa dikenali sebagai Rumpilin Dangansang, 49, duduk di bahagian hadapan penumpang merupakan isteri kepada pemandu kenderaan dan Ailfadilin Bidin, 17, yang duduk di bahagian belakang penumpang merupakan anak perempuan pemandu dan belajar di tingkatan lima SMK Abdul Rahim, Kudat.

Katanya, tiga yang lain mengalami cedera parah dan ringan dalam kejadian itu.

“Pemandu Kancil, seorang lelaki tempatan berusia 56 tahun yang bekerja sebagai pengawal keselamata­n di sebuah sekolah kebangsaan di sini dan anak lelakinya berusia 14 tahun merupakan pelajar tingkatan dua yang duduk di bahagian belakang penumpang hanya mengalami cedera ringan.

“Sementara seorang penumpang perempuan lagi berusia 13 tahun yang duduk di bahagian belakang penumpang merupakan pelajar tingkatan satu mengalami cedera parah di mata kiri,” katanya.

Pada hari kejadian, pengadu yang juga seorang anggota polis telah menerima panggilan daripada orang awam mengatakan berlaku kemalangan di Kampung Suangpai, Jalan Tajau/Tiga Papan.

Menurut beliau, kesemua mereka yang merupakan satu keluarga berasal daripada Kampung Marang Parang.

Mayat kedua-dua mangsa telah dihantar ke hospital Kudat untuk bedah siasat.

Katanya, siasatan awal di tempat kejadian mendapati kenderaan Perodua Kancil bergerak dari arah Pekan Kudat dalam perjalanan balik ke rumah mereka di Kampung Marang Parang.

“Tiba di tempat kejadian kenderaan berkenaan telah hilang kawalan dan terbabas ke kanan bahu jalan dan masuk ke dalam parit berair dengan kedudukan terbalik.

“Dua mangsa wanita meninggal dunia di tempat kejadian dan tiga mangsa lagi dikejarkan ke Hospital Kudat untuk rawatan. Sementara itu kenderaan dipandu remuk di bahagian hadapan,” katanya.

Katanya, kes ini disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

 ??  ?? PERODUA Kancil yang dinaiki satu keluarga itu terbabas dan mengakibat­kan dua maut dan tiga lagi cedera.
PERODUA Kancil yang dinaiki satu keluarga itu terbabas dan mengakibat­kan dua maut dan tiga lagi cedera.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia