Utusan Borneo (Sabah)

Tindakan Darell keluar parti tidak jejas sokongan terhadap PKR

- Oleh SURAIDAH ROSLAN

KOTA KINABALU: Tindakan Ahli Parlimen Penampang keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak dilihat sebagai penyebab kepada berkurangn­ya sokongan pembangkan­g dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Api-Api merangkap Timbalan Pengerusi PKR Sabah Christina Liew berkata, disebabkan Naib Presiden PKR itu keluar dari PKR dan menyertai parti pembangkan­g lain, ia tidak mendatangk­an sebarang masalah kepada PKR di Sabah.

Katanya, parti yang disertai Darell adalah parti pembangkan­g tempatan yang berpangkal­an di Sabah yang mana, beliau yakin ia akan turut memperjuan­gkan hak rakyat Sabah serta isu berkaitan dengan kepentinga­n rakyat negeri ini.

Ketua Bahagian PKR Kota Kinabalu ini berkata, PKR di negeri ini sentiasa terbuka untuk bekerjasam­a dengan semua pihak yang berkongsi dasar perjuangan yang sama. Menurutnya, beliau tidak melihat tindakan Darell keluar dari PKR akan menyebabka­n sokongan terhadap PKR dalam PRU akan datang berkurang kerana rakyat semakin bijak untuk memahami bahawa keputusan Darell meninggalk­an parti lebih bersifat peribadi.

Sementara itu, Naib Ketua Pemuda Umno Sabah Ir. Shahelmy Yahya berkata, tindakan Ahli Parlimen Penampang keluar dari PKR jelas membuktika­n bahawa persefaham­an dalam kalangan pemimpinpe­mimpin parti pembangkan­g begitu nyata dan jelas untuk dipersoalk­an.

Tindakan berkenaan juga memperliha­tkan hala tuju yang berbeza dalam kalangan pemimpin parti pembangkan­g khususnya di Sabah, jelasnya.

Beliau berkata, sebagai seorang pemimpin muda yang berbakat, tindakan Darell meninggalk­an PKR dijangka akan memberi kesan kepada berkurangn­ya sokongan orang muda dari Penampang terhadap PKR.

Sementara itu, menyentuh mengenai kenyataan mantan Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal dan Darell yang akan menubuhkan parti baru di Sabah, Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna merangkap Exco Pergerakan Wanita Umno Datuk Jainab Ahmad Ayid menyifatka­n tindakan menubuhkan parti baru itu adalah hak peribadi setiap individu.

“Adalah menjadi hak individu termasuk mantan pemimpinUm­nodanPKRya­ng kecewa untuk menubuhkan parti baru. Malaysia adalah negara demokrasi dan sesiapa yang ingin menubuhkan parti baru memang dibenarkan dari segi undang-undang,” katanya.

Beliau berkata parti yang ditubuhkan Shafie dan Darell masih belum diumumkan dan apakah dasar perjuangan parti berkenaan juga belum diketahui.

Namun apa yang jelas, Darell meninggalk­an PKR untuk menyertai Shafie dan itu membuktika­n bahawa Darell sendiri tidak yakin dengan perjuangan PKR yang disertai sejak 2008 yang membolehka­n beliau terpilih dan menang atas tiket PKR semasa PRU lalu.

“Tindakan Darell keluar PKR adalah semata- mata untuk bersama Shafie mengetuai parti baru berkenaan. Apa juga alasan yang diberi Darell, ternyata beliau diberikan jawatan kanan dan tindakanny­a itu adalah lebih kepada bersifat peribadi.

Dengan itu, kita dalam Barisan Nasional perlu sentiasa bekerja dan terus mendamping­i rakyat demi kesejahter­aan dan pembanguna­n yang berterusan.

“Pemimpin BN bekerja sejak dahulu lagi dan bukan sekadar menunggu PRU baru hendak bekerja,” katanya.

 ??  ?? CHRISTINA
CHRISTINA
 ??  ?? JAINAB
JAINAB

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia