Utusan Borneo (Sabah)

Pesara guru dibunuh rakan

-

KOTA KINABALU: Seorang pesara guru dibunuh di rumah kediamanny­a di Kepayan Ridge di sini Jumaat lalu.

Ngui Lim Kiau,64, adalah seorang bekas guru di SJKC Shantao, Austral Park ditemui mati dengan kesan tikaman di belakang badan di ruang tamu rumahnya pada kira-kira jam 3 petang.

Mangsa dipercayai ditikam dengan sebilah pisau oleh jirannya yang dipercayai mempunyai masalah mental.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M.Chandra berkata, polis turut berjaya menahan suspek kejadian iaitu seorang wanita berusia 65 tahun di lokasi kejadian.

“Polis turut berjaya menemui senjata yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu iaitu sebilah pisau sepanjang lapan inci,” katanya.

Katanya, siasatan awal mendapati bahawa suspek telah pergi ke rumah mangsa selepas dijemput oleh mangsa pada jam kira-kira 2 petang.

“Kedua-dua mangsa dan suspek adalah kawan dan sudah menjadi jiran lebih daripada lima tahun dan mereka sering menghabisk­an masa bersama.

“Polis percaya kejadian itu terjadi apabila kedua- dua mereka sedang bersembang sehinggala­h suspek marah akibat salah faham.

“Salah faham itu menyebabka­n suspek mengeluark­an pisau dari poketnya dan terus menikam belakang mangsa, enam inci di bawah kepala,” katanya.

Chandra berkata, suspek membawa pisau kerana pada mulanya suspek hendak memotong daun pisang di belakang rumahnya tetapi mangsa menjemput suspek ke rumahnya.

Katanya, setelah sedar bahawa suspek menikam kawannya, suspek cuba untuk membantu menyelamat­kan mangsa dan memanggil abangnya untuk mendapatka­n bantuan.

Katanya, mangsa disahkan meninggal dunia apabila pasukan polis tiba di lokasi kejadian pada jam kira-kira 4.20 petang.

Chandra berkata, suspek turut terkilan dengan tindakanny­a sehingga menyebabka­n suspek bertindak mencederak­an dirinya dengan cubaan mengelar pergelanga­n tangan dan lehernya tetapi dihentikan oleh jiran yang lain.

Chandra juga percaya suspek pernah mendapatka­n rawatan perubatan dengan pakar psikiatri dan baru-baru ini dilepaskan daripada Hospital Mesra Bukit Padang.

“Polis sudah menahan suspek dan akan merujuk kepada Hospital Mesra Bukit Padang untuk tindakan lanjut.

“Kes ini akan disiasat berdasarka­n Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

 ??  ?? POLIS mengangkat mayat mangsa di lokasi kejadian.
POLIS mengangkat mayat mangsa di lokasi kejadian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia