Utusan Borneo (Sabah)

Tingkat taraf kesihatan masyarakat

1:2000 nisbah ahli farmasi kepada populasi dijangka tercapai akhir tahun

- Oleh ALFRED PETRUS

KOTA KINABALU: Nisbah ahli farmasi kepada populasi yang dicadangka­n oleh Pertubuhan Perbadanan Kesihatan Sedunia (WHO) adalah 1: 2000 dijangka tercapai menjelang akhir tahun 2016.

Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Farmasi) Mohd Zamri Baharudin berkata, setakat Februari 2016, terdapat 13,520 ahli farmasi berdaftar dengan Lembaga Farmasi Malaysia yang mencatatka­n nisbah kepada populasi 1:2307.

Katanya, pencapaian berkenaan adalah bagi meningkatk­an taraf kesihatan masyarakat.

Jelasnya, berdasarka­n data sumber manusia setakat bulan Ogos 2016, kekosongan jawatan Pegawai Farmasi adalah kurang dari 7% daripada jumlah keseluruha­n jawatan Pegawai Farmasi yang ada di bawah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah.

“Perkhidmat­an farmasi pada masa kini jauh berbeza daripada 20 atau 30 tahun yang lalu kerana pelbagai perkhidmat­an baharu dalam bidang farmasi dan perkhidmat­an tambah nilai diperkenal­kan demi untuk memenuhi kehendak pelanggan serta untuk meningkatk­an taraf kesihatan pesakit dan masyarakat umumnya.

“Peranan ahli farmasi di Malaysia telah mengalami perubahan demi perubahan daripada profesion yang menumpukan terhadap produk kepada berasaskan perkhidmat­an dan yang terkini perkhidmat­an ahli farmasi lebih fokus kepada pesakit sejajar dengan keperluan industri penjagaan kesihatan pada masa ini,” katanya ketika berucap pada sambutan Hari Farmasi Sedunia Peringkat Negeri Sabah, di sini kelmarin.

Jelasnya, tema yang telah dipilih bagi sambutan Hari Farmasi Sedunia adalah Pharmacist­s: Caring For You

yang mana mencermink­an kepentinga­n peranan ahli-ahli farmasi dalam memberikan perkhidmat­an kepada orang awam dan pada masa yang sama menunjukka­n keprihatin­an mereka kepada pesakit mereka.

“Sambutan Hari Farmasi Sedunia ini juga adalah salah satu platform bagi para ahli farmasi untuk menunjukka­n impak dan nilai tambahan yang mampu diberikan oleh profesion farmasi terutamany­a dalam bidang perubatan serta peranan mereka dalam meningkatk­an status kesihatan masyarakat.

“Bermula pada tahun 2004, perkhidmat­an Farmasi Klinikal diperkemba­ngkan lagi dengan memperkena­lkan perkhidmat­an yang baharu iaitu Farmasi Wad, perkhidmat­an Medication Therapy Adherence Clinic

( MTAC), Pemeriksaa­n Perubatan di Rumah (HMR), pengawasan dadah, harm reduction program m emethadone maintenanc­e therapy

dan inisiatif kualiti dalam bidang penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D).

“Semua perkhidmat­an farmasi yang baharu ini telah diimplemen­tasikan di Kementeria­n Kesihatan Malaysia sebagai usaha untuk membawa perkhidmat­an farmasi Iebih ke arah fokus kepada pesakit,” jelasnya.

Zamri berkata, selain daripada perkembang­an dalam perkhidmat­an farmasi klinikal, beberapa perkhidmat­an tambah nilai juga diperkenal­kan bertujuan untuk memudahkan pesakit mendapatka­n bekalan ubat ubatan terutamany­a kepada golongan yang tinggal di kawasan pedalaman dan jauh dari hospital rujukan.

“Antaranya ialah Famasi Pandu Lalu yang terdapat di lima buah fasiliti iaitu Hospital Queen Elizabeth (HQE), Hospital Keningau, Hospital Lahad Datu, Kota Kinabalu-Sandakan dan Kota Kinabalu- Putatan adalah untuk memudahkan pesakit mengambil ubat tanpa menunggu giliran di kaunter farmasi.

“Seterusnya ialah Ubat Melalui Pos 1Malaysia (UMP1M) adalah perkhidmat­an pengiriman ubat-ubatan pesakit ke alamat lokasi pilihan pesakit sendiri dengan yuran pembayaran yang minima.

“Setakat ini perkhidmat­an berkenaan disediakan di enam buah fasiliti di Sabah iaitu HQE, HQE2, HospitalTa­wau, Hospital Sandakan, Hospital Wanita dan Kanak- kanak Sabah dan Kota KinabaluLu­yang,” katanya.

Jelasnya, sistem Pendispens­an Ubat Bersepadu (SPUB) juga adalah salah satu Iagi perkhidmat­an tambah nilai yang mana para pesakit boleh memilih hospital atau klinik yang berhampira­n dengan tempat tinggal mereka untuk mengambil ubat-ubatan bekalan ulangan terutama mereka yang mempunyai preskripsi ubat melebihi sebulan.

“l ni sudah pasti menjimatka­n masa dan kos kerana pesakit tidak perlu lagi berulang-alik setiap bulan ke fasiliti yang jauh untuk mengambil ubatubatan mereka,” jelasnya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah Dr. Christina Rundi berkata, perkhidmat­an seumpama itu boleh dipraktikk­an atau diimplemen­tasikan di sektor swasta demi kesejahter­aan pelanggan serta masyarakat umumnya.

“Saya melihat ini adalah satu manfaat yang besar kepada masyarakat khususnya pesakit di bawah jagaan institusi Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) dan berharap perkara yang sama juga berlaku di sektor swasta,” katanya.

 ??  ?? YEOH (tengah) memalu gong sebagai gimik perasmian Hari Farmasi Sedunia peringkat Negeri Sabah.
YEOH (tengah) memalu gong sebagai gimik perasmian Hari Farmasi Sedunia peringkat Negeri Sabah.
 ??  ?? YEOH (duduk kanan) membuat pemeriksaa­n kesihatan yang disediakan pada acara berkenaan secara percuma.
YEOH (duduk kanan) membuat pemeriksaa­n kesihatan yang disediakan pada acara berkenaan secara percuma.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia