Utusan Borneo (Sabah)

Lebih 500 kanak-kanak prasekolah sertai Simulasi Haji Cilik di Sabah

-

KOTA KINABALU: Lebih 500 kanak-kanak prasekolah dari 33 tadika Islam seluruh Sabah menyertai Program Simulasi Haji Cilik di Masjid Universiti Malaysia Sabah (UMS) di sini kelmarin.

Keriangan kanakkanak lengkap berpakaian ihram jelas terpancar pada wajah mereka termasuk ibu bapa masing- masing yang menyaksika­n gelagat lucu anak- anak mereka ‘mengerjaka­n’ ibadah Haji.

Malah, rata-rata peserta cilik tersebut mahu dipanggil dengan gelaran ‘Haji’ atau ‘Hajah’ selepas ‘mengerjaka­n’ rukun Islam kelima itu.

“Panggil sahaja saya Haji Lu’lu,” kata Mohamad Fathi Darwisy Wasli, 6 dari Tadika Al- Hadanah Al- Islamiah, Sembulan.

Mohamad Fathi Darwisy, yang mesra dengan panggilan Lu’lu, mengakui teruja melaksanak­an ibadah Haji secara simulasi itu dan berharap dapat berpeluang ke tanah suci Makkah apabila dewasa kelak.

Ibunya Bujiah Rohimin, 34 berkata Lu’lu sentiasa membuat latihan di rumah sebagai persediaan menyertai program itu.

“Di rumah dia suka berpakaian ihram dan kerap meminta digambar dengan pakaian itu.

“Untuk ke program ( simulasi) ini, dia sudah bangun awal dan kami sampai di tadika sejak 6.30 pagi lagi sebelum bergerak secara bersama- sama ke Masjid UMS,” katanya.

Bujiah juga berkata anaknya itu juga meminta semua anggota keluargany­a memanggiln­ya Haji Lu’lu selepas selesai program simulasi itu.

Pada majlis perasmian program berkenaan, Naib Cancelor UMS Prof Datuk Dr Mohd Harun Abdullah berkata program simulasi itu dapat mengajar kanak-kanak secara teori dan praktikal tentang suasana umat Islam mengerjaka­n ibadah Haji di Makkah.

“Saya menyaranka­n kepada semua pihak sama ada kerajaan atau swasta untuk berganding bahu menganjurk­an pelbagai program berbentuk latihan dan pendidikan kepada setiap peringkat lapisan rakyat agar kita dapat mewujudkan budaya ilmu dan masyarakat yang berilmu,” katanya.

Teks ucapannya disampaika­n oleh Pengarah Pusat Islam UMS Dr Muhamad Suhaimi Taat.

Program itu merupakan anjuran bersama Persatuan Tadika Islam Sabah (Pertis), Pusat Islam UMS dan Lembaga Urusan Tabung Haji Sabah.

Simulasi berkenaan dimulakan dengan tawaf mengelilin­gi model Kaabah, yang didirikan di perkaranga­n masjid UMS, di mana kanak- kanak berkenaan melaungkan kalimah “Labaik Allahuma Labaik” diiringi guru tadika masing-masing.

Simulasi ibadah Saie pula menyaksika­n gelagat lucu kanak- kanak berkenaan berlari sambil ketawa dan menjerit keriangan antara dua papan yang masingmasi­ng tertera perkataan Bukit Safa dan Marwah.Bernama

 ?? -Gambar Bernama ?? GELAGAT anak-anak ‘mengerjaka­n’ ibadah Haji pada Program Simulasi Haji Cilik peringkat negeri Sabah anjuran Tadika Islam Sabah, Pusat Islam UMS dan Tabung Haji di perkaranga­n Masjid UMS , kelmarin.
-Gambar Bernama GELAGAT anak-anak ‘mengerjaka­n’ ibadah Haji pada Program Simulasi Haji Cilik peringkat negeri Sabah anjuran Tadika Islam Sabah, Pusat Islam UMS dan Tabung Haji di perkaranga­n Masjid UMS , kelmarin.
 ?? -Gambar Bernama ?? SERAMAI 500 kanak-kanak tadika menyertai Program Simulasi Haji Cilik peringkat negeri Sabah anjuran Tadika Islam Sabah, Pusat Islam UMS dan Tabung Haji di perkaranga­n Masjid UMS , kelmarin.
-Gambar Bernama SERAMAI 500 kanak-kanak tadika menyertai Program Simulasi Haji Cilik peringkat negeri Sabah anjuran Tadika Islam Sabah, Pusat Islam UMS dan Tabung Haji di perkaranga­n Masjid UMS , kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia