Utusan Borneo (Sabah)

JFL tarikan baharu, rancakkan sektor pelanconga­n di Sabah

-

KOTA KINABALU: Pencarian jaguh program Jesselton

Fight League (JFL), pertanding­an seni bela diri yang menggunaka­n teknik Seni Mempertaha­nkan Diri Campuran bakal menjadi satu lagi tarikan dalam sektor pelanconga­n di Sabah.

Pengarah Pejabat Kementeria­n Pelanconga­n dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC) Sabah Ag Ahmad Zaki Abd Bakar berkata penganjura­n JFL dilihat berpotensi mempromosi sukan seni bela diri sebagai satu lagi cabang atau tarikan baharu pelanconga­n di negeri ini.

“Peserta dari luar negara yang datang bukan sahaja dapat menyertai dan menyaksika­n pertanding­an tersebut malah dapat mengambil peluang untuk bercuti di sini. Ia secara tidak langsung dapat membantu merancakka­n lagi industri pelanconga­n di Sabah,” katanya kepada pemberita pada JFL2016 yang diadakan di 1Borneo Shopping Mall, dekat sini kelmarin. JFL2016 adalah anjuran MOTAC Sabah dengan kerjasama

Karabaw Martial Arts & Fitness Centre disertai seramai 24 peserta dari Amerika Syarikat, Vietnam, Brunei, Filipina, Australia, India, Singapura dan Indonesia serta enam peserta dari Malaysia beradu tenaga menggunaka­n teknik-teknik Seni Pertahanan Diri Campuran. Sementara itu, Pengasas Karabaw Martial Arts & Fitness

Centre, Rayner Kinsiong berkata JFL yang ditubuhkan sejak tiga tahun lepas diadakan secara liga dan merupakan satusatuny­a pertanding­an di Malaysia yang memberi peluang kepada para peserta untuk mengumpul mata bagi menyertai pertanding­an World Series of Fighting Global Championsh­ip (WSOFGC).

“JFL telah dianjurkan sejak tiga tahun lepas. Namun ini adalah julung kalinya dianjurkan secara bersama dengan MOTAC Sabah dan melalui penganjura­n ini dapat membuka peluang untuk mencungkil bakat anak tempatan dalam bidang ini,” katanya.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia