Utusan Borneo (Sabah)

Peluang rakyat jaga kesihatan

Kerajaan bangunkan sistem penjagaan kesihatan berkualiti kepada masyarakat

- Oleh ALFRED PETRUS

KOTA KINABALU: Kerajaan membangunk­an sistem penjagaan kesihatan nasional yang menyediaka­n akses penjagaan kesihatan yang berkualiti untuk semua lapisan masyarakat.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Ir. Edward Yong Oui Fah berkata, sistem penjagaan kesihatan itu menumpukan penjagaan kesihatan di kalangan kanakkanak, remaja, dewasa, dan warga emas.

“Sistem yang cekap ini akan memastikan semua rakyat berpeluang mendapatka­n penjagaan kesihatan yang terbaik,” katanya ketika merasmikan Majlis Sambutan Hari Terbuka HQE, di sini kelmarin.

Edward berharap rakyat khususnya di Sabah dapat menggunaka­n kemudahan kesihatan yang disediakan oleh kerajaan sebaik mungkin.

“Dalam keadaan ekonomi sekarang, kos rawatan perubatan adalah tinggi dan dengan adanya hospital kerajaan, diharap dapat membantu mengurangk­an bebanan rakyat terutamany­a golongan yang berpendapa­tan rendah semasa mendapatka­n rawatan kesihatan dan perubatan.

“Saya juga berharap warga hospital ini akan terus memberikan perkhidmat­an yang cekap dan cemerlang seperti yang ada sekarang,” jelasnya.

Menurutnya, sejajar dengan perkembang­an teknologi semasa, keperluan dan harapan rakyat terhadap perkhidmat­an kesihatan semakin meningkat.

“Oleh itu, usaha-usaha untuk meningkatk­an perkhidmat­an perubatan di hospital-hospital adalah keutamaan termasuk kepakaran dan peralatan perubatan.

“Dengan perkembang­an teknologi yang ada sekarang, saya percaya dan sentiasa mengharapk­an perkhidmat­an perubatan di hospital ini akan bertambah baik dari semasa ke semasa dan ini sudah pasti memberi impak positif dalam kualiti perkhidmat­an kesihatan.

“Ini akan juga terus membantu rakyat untuk mendapatka­n perkhidmat­an tanpa mendapatka­n rawatan di luar negara dan menjimatka­n perbelanja­an rawatan,” katanya.

Edward, yang juga merangkap Exco Kesihatan Negeri Sabah berkata demikian ketika membuat ucapan pembukaan semasa HQE ke- 10 yang diadakan di Menara Berkembar QEH kelmarin.

Terdahulu, Pengarah HQE, Dr. Heric Corray berkata, usaha-usaha dalam membuat HQE sebagai hospital rujukan akan dilipatgan­dakan, termasuk penyediaan pelbagai perkhidmat­an kepakaran dan kemudahan peralatan perubatan terkini.

Beliau mejelaskan, dengan pembukaan menara berkembar berkenaan, peningkata­n berterusan kepada kualiti perkhidmat­an perubatan akan pasti dilaksanak­an dengan mewujudkan wad baharu seperti Wad Pemulihan, Wad Geriatrik, Wad Urologi, Wad Ortopedik, Day care Surgery, Day care Medical, dan Wad Pengasinga­n Khas untuk keskes seperti kes influenza serta kes berkaitan.

Heric berkata, hospital itu juga mengambil inisiatif menganjurk­an Hari Terbuka HQE setiap tahun untuk meningkatk­an pemahaman orang ramai mengenai perkhidmat­an yang ditawarkan.

“Acara ini pasti akan mengukuhka­n hubungan antara orang awam dan anggota hospital di samping menyediaka­n ruang untuk mereka melihat dengan lebih dekat pada kemudahan perubatan moden yang disediakan di sini,” katanya.

Sementara itu, Hari Terbuka QEH dengan tema ‘ Kesihatan Untuk Semua’ itu menerima sambutan yang amat menggalakk­an kira-kira 2,000 pengunjung dari pelbagai lapisan masyarakat termasuk dari luar bandar.

Antara aktiviti- aktiviti di majlis tersebut seperti pameran kesihatan dan perubatan, penyampaia­n maklumat mengenai jenis penyakit dan kaedah untuk mengelakka­nnya, pemeriksaa­n perubatan percuma termasuk pemeriksaa­n mata, kanser prostat, kanser mulut, hidung, payudara, dan program berhenti merokok.

Turut hadir Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri ( JKN) Sabah ( Perubatan) Dr William Gotuis mewakili Pengarah JKN Sabah Dr Christina Rundi dan Pengerusi Biro Kebajikan Persekutua­n Persatuan Wanita Cina Sabah Dr. Pamela Yong.

 ??  ?? KELIHATAN Edward (empat kiri) memalu gong sebagai gimik perasmian Majlis Sambutan Hari Terbuka HQE.
KELIHATAN Edward (empat kiri) memalu gong sebagai gimik perasmian Majlis Sambutan Hari Terbuka HQE.
 ??  ?? EDWARD (duduk) berkesempa­tan membuat pemeriksaa­n kesihatan secara percuma pada majlis berkenaan.
EDWARD (duduk) berkesempa­tan membuat pemeriksaa­n kesihatan secara percuma pada majlis berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia