Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan sedia dana RM5,000

Sebagai modal permulaan untuk bantu KRT yang berjaya

- Oleh JOHAN AZIZ

NABAWAN: Kerajaan melalui Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) menyediaka­n dana sebanyak RM5,000 kepada dua Kawasan Rukun Tetangga di setiap negeri yang dipilih dan menjalanka­n projek ekonomi berimpak tinggi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup berkata, dana yang disediakan itu adalah sebagai modal permulaan untuk membantu KRT yang berjaya melaksanak­an projek tersebut di kawasan masingmasi­ng.

“Saya berharap ahli-ahli KRT di negeri ini akan merebut peluang yang disediakan oleh kerajaan ini dalam meningkatk­an lagi ekonomi mereka,” katanya semasa berucap merasmikan Sambutan Hari Malaysia anjuran bersama KRT tiga buah kampung dan dua buah sekolah rendah bagi peringkat daerah ini pada Khamis.

Kampung- kampung tersebut ialah KRT Kampung Lima, KRT kampung Enam, KRT Kampung Loboh dan dua buah sekolah itu ialah SK Kebu Baru dan SK Kampung Enam.

Katanya, JPNIN telah menyediaka­n banyak program meliputi sembilan program yang dilaksanak­an di bawah ‘outcome based budget’.

Menurut beliau, ini termasukla­h Skuad Unity, Projek Ekonomi Rukun Tetangga, Projek Inovasi Rukun Tetangga, Program Sayangi Komuniti, Program Kempen Kesedaran Keselamata­n Skim Rondaan Sukarela ( SRS), Program Jom Ronda SRS, Program Pencegahan Jenayah, Skuad Elite Jiran Wanita (SEJIWA) dan Pasukan Inovatif Jiran Muda.

“Namun begitu program ekonomi diberi penekanan kerana ia mampu meningkatk­an ekonomi komuniti KRT,” kata Kurup yang juga Ahli Parlimen Pensiangan.

Katanya, sehingga kini sebanyak 147 projek ekonomi KRT telah dikenalpas­ti dan dijalankan di seluruh negara.

Turut hadir pada majlis itu Ketua Pengarah JPNIN, Dato’ Gandesan Letchumana­n, Pengarah JPNIN Sabah, Delin Liet anak Blaun dan Guru Besar SK Kebu Baru, Ansora Putiang.

 ??  ?? KURUP melancarka­n Hari Malaysia peringkat KRT tiga kampung di Nabawan. Turut kelihatan Gandesan (kanan) dan Delin (kiri).
KURUP melancarka­n Hari Malaysia peringkat KRT tiga kampung di Nabawan. Turut kelihatan Gandesan (kanan) dan Delin (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia