Utusan Borneo (Sabah)

Umno Silam tetap setia menangkan Umno, BN pada PRU ke-14

- Oleh NORWAHIDA YAMALUDDIN

LAHAD DATU: Kubu kuat Umno di Bahagian Silam akan terus bersatu dan meletakkan kesetiaan yang tinggi pada parti meski kemunculan saingan parti-parti baharu menjelang Pilihanray­a Umum ke-14 (PRU ke-14).

Menurut ketuanya Datuk Mohd Yusof Apdal, keadaan itu disifatkan­nya sebagai bukan perkara baharu dan ianya wadah perjuangan bagi kumpulan serpihan.

“Kita di Umno melihat keadaan ini sebagai bukan perkara baharu malah sejak merdeka lagi bila menjelangn­ya pilihanray­a sudah tentu ada parti lawan.

“Penubuhan partiparti politik ini adalah dari kumpulan- kumpulan serpihan yang sudah tentu mahu mencari tempat atau wadah perjuangan mereka.

“Kita di Silam tetap setia dan bersedia menghadapi apa sahaja keadaan dari partiparti baharu itu ataupun daripada parti lama wujud dalam pilihanray­a nanti,” katanya.

Yusof yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lahad Datu berkata demikian ketika ditemui media selepas berucap di Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita Umno Bahagian Silam di Dewan Perdana, dekat sini, kelmarin.

Menurutnya, dia sentiasa mengingatk­an ahli- ahli cawangan di Bahagian Silam tentang perjuangan dalam parti Umno itu menuntut kesetiaan pada pemimpin cawangan, bahagian, negeri seterusnya pucuk pimpinan parti.

“Dalam keadaan apa sekalipun kita kena ikhlas dalam perjuangan ini, jangan berpura- pura, jangan ada kepentinga­n, kita mahu jawatan dan kepentinga­n kumpulan dan peribadi sahaja.

“Umno mahu ahli yang setia dan ikhlas bersama untuk berjuang dalam keadaan apa sekalipun,” katanya.

 ??  ?? YUSOF ketika ditemui media.
YUSOF ketika ditemui media.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia