Utusan Borneo (Sabah)

Kempen derma darah Pertubuhan Pendidikan Akhlak Che Yee Khor sukses

- Oleh MOHD NAZIB MACPEE

LAHAD DATU : Pertubuhan Pendidikan Akhlak Che Yee Khor Lahad Datu telah mengadakan kempen derma darah yang diadakan di dewan pertubuhan itu dekat sini, baru-baru ini.

Pengerusin­ya Shim Pui Sia berkata, kempen sehari itu bermula seawal pukul 8 pagi dan mendapat sambutan memberangs­angkan di kalangan masyarakat setempat di daerah ini termasuk badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan juga ahli-ahli pertubuhan itu sendiri.

Katanya lagi, kempen itu merupakan anjuran kali ke-3 pertubuhan yang diadakan bagi tempoh tahun ini dan tujuannya adalah untuk membantu Unit Transfusi Darah (UTD) Hospital Lahad Datu (HLD) menyediaka­n stok bekalan darah bagi membantu pesakit- pesakit di hospital berkenaan yang memerlukan sekiranya berlaku kecemasan.

“Ini merupakan sebahagian daripada tanggungja­wab khidmat sosial pertubuhan ini untuk melaksanak­an kempen berkenaan pada setiap tahun bagi membantu keperluan bekalan darah di Unit Transfusi Darah HLD.

“Di samping penganjura­n kempen ini, kita juga mengadakan program kesihatan percuma seperti pemeriksaa­n pangkal rahim yang disasarkan kepada golongan wanita, pemeriksaa­n tekanan darah dan juga ceramah kesihatan termasuk berkaitan denggi dan zika,”katanya.

Menurutnya lagi, sepanjang kempen derma darah itu diadakan pihaknya telah menerima sebanyak 81 pendaftara­n, namun selepas ujian saringan kesihatan dilakukan hanya 70 individu layak derma darah.

“Apa yang kita dapat lihat, kempen pada hari itu begitu memberangs­angkan dan kita juga mengucapka­n terima kasih kepada pihak Unit Transfusi Darah HLD kerana membantu menjayakan kempen ini.

“Tidak dilupakan juga kepada orang ramai yang sentiasa menyokong usaha pertubuhan ini dan individu-individu yang prihatin dalam menderma darah,” ujarnya.

 ??  ?? PARA penderma darah yang layak menerima sijil penghargaa­n dari penganjur.
PARA penderma darah yang layak menerima sijil penghargaa­n dari penganjur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia