Utusan Borneo (Sabah)

Asean semakin penting, berpengaru­h

John Kerry optimis masa depan lebih produktif dalam tahun-tahun mendatang

- Daripada KENNEDDY CORLLEUS

NEW YORK : Amerika Syarikat mengakui rantau Asean kini semakin penting dan berpengaru­h dalam pelbagai bidang, termasuk ekonomi.

Sehubungan itu, usaha akan terus dilakukan bagi mengukuhka­n hubungan antara rantau Asia dan Asean, termasuk antara rakyat dengan rakyat.

Setiausaha Negara Amerika Syarikat, John Kerry menyatakan demikian pada Mesyuarat Peringkat Menteri Asean-Amerika Syarikat (AS) yang diadakan di Hotel Lotte, New York, kelmarin.

Sambil mengucapka­n terima kasih kepada Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Anifah Aman kerana menjadi hos bersama mesyuarat tidak rasmi Asean-AS, Kerry menyatakan pentingnya hubungan dua hala itu dimantapka­n lagi bagi manfaat bersama.

“Mesej saya adalah cukup jelas dan mudah, AS memandang Asia sebagai semakin penting dan ASEAN adalah sebuah organisasi berpengaru­h yang semakin penting dan merupakan pusat bagi semua objektif dan inisiatif di Asia,” katanya.

Sebab itulah, katanya, Presiden Barrak Obama menjadi Presiden AS pertama bertemu dengan semua pemimpin Asean, disusuli penubuhan perkongsia­n strategik pada tahun 2015 serta undangan kepada pemimpin Asean ke Sidang Kemuncak Khas di Sunnylands pada bulan Februari.

Menurutnya, pendekatan itu membolehka­n Asean tampil menyatkan pendirian halatuju, sekali gus menjadikan Asean lebih dekat.

Beliau berkata ia dapat dilihat dari segi perhubunga­n ekonomi di mana pelaburan Amerika Syarikat dalam negara-negara ASEAN telah hampir dua kali ganda dalam tempoh lapan tahun lalu.

Padamasasa­ma, rangkakerj­a strategik turut dilancarka­n untuk meningkatk­an kerjasama dengan komuniti ekonomi Asean menerusi inisiatif AS-Asean.

Selain itu, ia juga dapat dilihat dalam aspek pengukuhan hubungan antara rakyat menerusi pertukaran pelajar serta program ‘Young Southeast Asian leaders initiative’ yang dicetuskan oleh Presiden Obama yang sehingga kini sudah mempunyai 100,000 peserta.

“Saya telah bertemu dengan beberapa orang muda ini dan mereka sangat kagum, mereka adalah masa depan bagi kesemua negara-negara anda.

“Keupayaaan golongan muda ini dari segi teknikal ekonomi dan strategik global sangat mengkagumk­an,” katanya.

Kerry berkata komitmen Amerika Syarikat meningkatk­an hubungan dengan Asean juga terlihat pada minggu lepas apabila menarik balik baki sekatan terhadap Myanmar.

Katanya, langkah itu menunjukka­n sokongan Amerika Syarikat bagi memperkuku­hkan demokrasi di sana selain menggalakk­an pertumbuha­n yang inklusif serta menggalakk­an pelaburan dalam ekonomi awam.

Beliau turut mengambil beberapa contoh komitmen Amerika Syarikat meningkatk­an jalinan kerjasama, termasuk berkaitan keganasan, perubahan iklim, pemerdagan­gan manusia dan keselamata­n siber.

Dalam pada itu, Kerry menyatakan bahawa bahawa sebarang pertikaian mengenai isu wilayah dan sempadan laut perlu diselesaik­an secara aman berdasarka­n sistem undangunda­ng.

Katanya, semua pihak berkongsi pendapat untuk menegakkan undang-undang antarabang­sa bagi mengelak berlaku ketegangan.

Beliau mengakui Asean mempunyai peranan sangat jelas dalam perbincang­an bagi penyelesai­an sebarang konflik secara berhemah dan bukan dengan ketenteraa­n, dengan menghormat­i mekanisma diplomasi dan undangunda­ng.

Kerry juga berkata bahawa semua pihak akan mendapat manfaat menerusi kerjasama yang berterusan.

Mengambil kira jalinan hubungan 40 tahun Asean-AS, beliau optimis dengan masa depan yang lebih produktif, lebih bersatu dan lebih berkesan pada tahun-tahun mendatang.

 ??  ?? ANIFAH bersama John Kerry dalam Mesyuarat Peringkat Menteri Asean-Amerika Syarikat (AS) yang diadakan di Hotel Lotte, New York, kelmarin.
ANIFAH bersama John Kerry dalam Mesyuarat Peringkat Menteri Asean-Amerika Syarikat (AS) yang diadakan di Hotel Lotte, New York, kelmarin.
 ??  ?? JOHN Kerry (kiri) bersalaman dengan Anifah (kanan) ketika beliau tiba pada mesyuarat berkenaan.
JOHN Kerry (kiri) bersalaman dengan Anifah (kanan) ketika beliau tiba pada mesyuarat berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia