Utusan Borneo (Sabah)

Institusi pendidikan berperanan pupuk semangat cinta negara

-

KUALA PENYU: Institusi pendidikan turut memainkan peranan penting dalam memupuk dan menyemai semangat cintakan negara di kalangan generasi muda.

Timbalan Ketua Umno Bahagian Beaufort Haji Mohd Fadzlee Abdullah berkata, semangat terbabit dapat diterap ke dalam jiwa anakanak muda melalui pelbagai program yang dianjurkan.

“Selain membuka ruang dan peluang kepada generasi muda untuk menimba ilmu, institusi pendidikan juga berperanan membantu menerapkan semangat patriotik di kalangan belia agar memahami erti kemerdekaa­n yang kita kecapi sehingga kini dan menyemai rasa cintakan negara,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis Penutupan Program Bulan Kemerdekaa­n dan Hari Bendera 2016 peringkat sekolah di dewan serbaguna Kampung Tenembak, dekat sini baru-baru ini.

Hadir sama ialah pengarah program Awang Damit Moktar dan Guru Besar SK Tenembak Losinin.

Menurut beliau, usaha pihak Pejabat Pelajaran dan sekolah di daerah ini dalam penganjura­n program berkenaan merupakan antara aktiviti yang sangat bermanfaat kepada para pelajar.

“Program sebegini amat pentingaga­rkitasebag­airakyat Malaysia terus memahami konteks pembentuka­n negara bangsa dalam perspektif yang lebih tepat bagi mengekalka­n kemakmuran dan perpaduan di kalangan kita terutama yang berbilang kaum serta agama di sini,” ujarnya.

Jelas Mohd Fadzlee yang juga Pengerusi Biro Pendidikan Umno Bahagian, rakyat seharusnya berasa syukur dan bangga dengan kemajuan dan kemakmuran yang dinikmati serta dikecapi sehingga hari ini.

“Kita amat bertuah kerana masih dapat menjalani kehidupan seharian dengan aman dan sejahtera bersama masyarakat yang pelbagai latar belakang bersesuaia­n dengan tema sambutan Hari Kemerdekaa­n tahun ini ‘Sehati Sejiwa’ yang menjadi kunci kepada kejayaan kepada pembanguna­n, keamanan dan kemakmuran negara.

Beliau mahu program seperti ini dapat diteruskan agar generasi muda khususya pelajar sekolah bukan sahaja disemaikan sikap patriotik, tetapi membolehka­n mereka terusmembi­na,mengukuhda­n menjulang Malaysia sebagai sebuah negara merdeka, berdaulat dan dihormati di mata dunia.

 ??  ?? MOHD Fadzlee (tengah) bersama guru guru dan pemimpin masyarakat memotong kek sebagai simbol perasmian program itu.
MOHD Fadzlee (tengah) bersama guru guru dan pemimpin masyarakat memotong kek sebagai simbol perasmian program itu.
 ??  ?? MOHD Fadzlee turut menyampaik­an hadiah kepada salah seorang pelajar mengikuti pertanding­an yang diadakan.
MOHD Fadzlee turut menyampaik­an hadiah kepada salah seorang pelajar mengikuti pertanding­an yang diadakan.
 ??  ?? MOHD Fadzlee menerima cendera kenangan dari penganjur selepas merasmikan program itu.
MOHD Fadzlee menerima cendera kenangan dari penganjur selepas merasmikan program itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia