Utusan Borneo (Sabah)

Golongan muda dipelawa sertai Rela

-

TENOM: Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (Rela) mempelawa belia berusia 18 hingga 25 tahun untuk memberi perkhidmat­an dalam pasukan sukarela itu yang juga sinonim sebagai barisan ketiga pertahanan negara.

Penolong Pesuruhjay­a Kanan Rela ( Kehormat) Jamawi Jaafar berkata, penyertaan daripada golongan muda ini sama ada yang telah bekerja atau penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) amat digalakkan memandangk­an faktor kecergasan yang dimiliki.

Menurutnya, setakat ini sambutan dari kalangan belia untuk menjadi anggota sukarelawa­n Rela di negeri ini begituamat­menggalakk­andan yakin jika kempen berterusan diadakan lebih ramai lagi kalangan belia khususnya di luar bandar akan menyertai pasukan berkenaan.

“Selain tugasan harian, anggota juga sentiasa bersiap sedia untuk menghulurk­an bantuan dalam situasi tertentu seperti bencana alam dan sebagainya.

“Walaupun lebih sinonim sebagai barisan ketiga pertahanan, kita amat dekat dengan peringkat akar umbi,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Penutupan Kursus Pengenalan Rela siri 2/2016 Anggota Rela Mukim Pekan dan Sampong di Dewan Serbaguna Kampung Kallang, dekat sini baru-baru ini.

Beliau berkata, anggota Rela berperanan menyalurka­n maklumat kepada pasukan keselamata­n sekiranya berlaku kejadian seperti bencana alam, justeru khidmat golongan muda dalam pasukan sukarela sepertinya amat diperlukan.

Jamawi yang juga Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Tenom berkata, dengan adanya pelbagai faedah yang disediakan kerajaan khusus untuk anggota sukarela terbabit termasuk elaun dan insurans, menjadi salah satu faktor pembabitan kaum lain seperti Cina, India dan Orang Asli dalam pasukan Rela.

Dalam perkembang­an yang sama beliau turut meminta agar anggota (Rela) menarapkan nilai nilai integriti yang tinggi bagi membina keyakinan dan kepercayaa­n terhadap pasukan itu di mata masyarakat.

Katanya, dunia tanpa sempadan dilihat sebagai cabaran yang perlu dihadapi anggota Rela.

Sehubungan dengan itu beliau berharap anggota Rela perlu mewujudkan satu pasukan yang cekap, penuh berwibawa dan dapat memberikan khidmat terbaik kepada masyarakat.

“Seiring perkembang­an itu, anggota Rela perlu melengkapk­an diri untuk menjadi satu pasukan keselamata­n bertaraf global dengan meningkatk­an pengetahua­n dan kemahiran dalam melaksanak­an tugas.

“Maklumat dan ilmu pengetahua­n perlu didedahkan mengikut trend terkini supaya mereka dapat menjalanka­n tugas selari dengan keperluan masyarakat,” katanya.

Jamawi berkata, anggota Rela perlu menentukan peningkata­n teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) supaya mereka dapat menjalanka­n tugas dengan sempurna.

 ??  ?? JAMAWI turut menyampaik­an pakaian seragam kepada salah seorang anggota Rela sempana majlis itu.
JAMAWI turut menyampaik­an pakaian seragam kepada salah seorang anggota Rela sempana majlis itu.
 ??  ?? JAMAWI memeriksa perbarisan anggota Rela sejurus tiba untuk merasmikan majlis.
JAMAWI memeriksa perbarisan anggota Rela sejurus tiba untuk merasmikan majlis.
 ??  ?? JAMAWI (tengah) bersama para anggota Rela yang menyertai kursus itu.
JAMAWI (tengah) bersama para anggota Rela yang menyertai kursus itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia