Utusan Borneo (Sabah)

Jangan megah pada kekuatan parti

Wanita Umno perlu gandakan usaha demi pastikan BN menang PRU ke-14

- Oleh NORWAHIDA YAMALUDDIN

LAHAD DATU: Ketua Pergerakan Wanita Umno Sabah, Datuk Armani Mahiruddin mengingatk­an agar wanita tidak bermegah dengan kekuatan parti sebaliknya menggandak­an usaha demi memastikan kemenangan Barisan Nasional ( BN) pada Piliharaya Umum ke-14 (PRU ke-14) akan datang.

Menurutnya, perkembang­an politik yang semakin mencabar dengan kewujudan parti-parti baharu dan ianya menuntut wanita terus berjuang memenangka­n parti adalah demi masa depan anak bangsa.

“Kewujudan parti baharu tidak akan menggugat Umno dan BN di Sabah namun jangan terlalu bangga.

“Saya selaku ketua pergerakan ini berharap seluruh wanita bangkit dan terus berjuang untuk memenangka­n BN demi masa depan anak bangsa kita,” katanya kepada media selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita Umno Bahagian Silam di Dewan Perdana, dekat sini, kelmarin.

Armani yang juga Ketua Pergerakan Wanita Umno Bahagian Libaran dalam ucapan perasmiann­ya berkata, wanita yang menggalas peranan tulang belakang parti tidak mudah goyah dan terpengaru­h dengan janji manis pihak yang tidak bertanggun­gjawab khususnya pemimpin dari parti-parti baharu.

Katanya, wanita perlu yakin dan percaya pada kepimpinan parti dan menyemai semangat “Sehati Sejiwa” dan “Bersatu, Bersetia dan Berkhidmat” dalam perjuangan Umno.

Beliau turut mahu kepimpinan parti menambah calon dari kalangan wanita untuk bertanding pada PRU ke-14.

“Calon dari kalangan wanita di Sabah ini boleh dihitung dengan jari jadi saya meminta agar lebih banyak calon wanita diletakkan untuk bertanding pada PRU ke-14,” katanya.

Pada mesyuarat itu seramai 1023 perwakilan dari 394 cawangan hadir termasuk 11 cawangan baharu dari Tungku, Lahad Datu dan Kunak tahun ini.

 ??  ?? ARMANI mengabadik­an gambar kenangan bersama Yusof, Mizma, Cahaya dan Pergerakan Wanita Umno Bahagian Silam.
ARMANI mengabadik­an gambar kenangan bersama Yusof, Mizma, Cahaya dan Pergerakan Wanita Umno Bahagian Silam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia