Utusan Borneo (Sabah)

Impian kanak-kanak perempuan hidap leukemia sertai pasukan bomba jadi kenyataan

-

KUALA LUMPUR: Impian seorang kanak- kanak perempuan yang disahkan menghidap leukemia myeloid akut ( AML) menganggot­ai Jabatan Bomba dan Penyelamat menjadi kenyataan apabila diberi peluang menyertai pasukan beruniform itu di Balai Bomba dan Penyelamat Hang Tuah.

Lengkap berpakaian seragam anggota penyelamat itu, impian pelajar Sekolah Kebangsaan Menjalara, Harith Maisarah Mohd Rizal, 10, dapat direalisas­ikan menerusi program ‘ Make-A- Wish’ yang dijalankan badan bukan kerajaan ( NGO), Make-A-Wish Malaysia.

Harith Maisarah yang disahkan menghidap penyakit itu sejak Oktober tahun lepas berkata beliau teruja apabila berkesempa­tan menyarung pakaian seragam itu menimba pengalaman bertugas memadam kebakaran.

“Saya teringin nak jadi bomba sebab boleh selamatkan orang,” katanya ketika ditemui pemberita, di sini, kelmarin.

Ibunya, Suhana Sanuri, 44, berkata beliau bersyukur apabila anak bongsu daripada duaberadik­itudiberip­eluang menunaikan impiannya selepas sering beranganan­gan untuk memadam api dan menyelamat­kan orang.

“Programini­membuatkan anak saya lupa yang dia sakit hari ini dan saya menganggap ianya pengalaman bersejarah buah kami sekeluarga,” katanya dalam linangan air mata.

Suhana berkata keluargany­a hanya mengetahui Harith Maisarah menghidap leukemia selepas menjalani ujian darah berikutan disyaki demam denggi.

Beliau berkata tahap kesihatan anaknya kini menunjukka­n perkembang­an positif selepas menjalani empat kali rawatan kemoterapi di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, namunmasih­perlumenja­lani rawatan susulan selama setahun setengah.

Sementara itu, Pengarah Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Khirudin Drahman berkata pihaknya berbesar hati dapat bekerjasam­a dengan

Make-A-Wish Malaysia dan Garden Internatio­nal School ( GIS) bagi menunaikan impian kanak-kanak itu.

Katanya, pada masa yang sama, program itu dapat memberi pendedahan kepada orang awam mengenai kaedah mencegah, mengawal dan memadam kebakaran.

Pada program itu, Harith Maisarah turut menerima kejutan apabila diraikan dalam sambutan ulang tahun kelahirann­ya yang ke-10.- Bernama

 ?? -Gambar Bernama ?? ADIK Harith Maisara Mohd Rizal, 10 (tengah) yang menghidap leukemia myeloid akut diraikan dengan meriah oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur dan Garden Internatio­nal School pada program ‘Make A Wish Malaysia’ di Pusat Pembelajar­an Awam Balai...
-Gambar Bernama ADIK Harith Maisara Mohd Rizal, 10 (tengah) yang menghidap leukemia myeloid akut diraikan dengan meriah oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur dan Garden Internatio­nal School pada program ‘Make A Wish Malaysia’ di Pusat Pembelajar­an Awam Balai...
 ?? -Gambar Bernama ?? ADIK Harith Maisara Mohd Rizal, dipakaikan pakaian khas untuk memadam kebakaran oleh para anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kuala Lumpur, kelmarin.
-Gambar Bernama ADIK Harith Maisara Mohd Rizal, dipakaikan pakaian khas untuk memadam kebakaran oleh para anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kuala Lumpur, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia