Utusan Borneo (Sabah)

Pelatih TVET cipta rekod dalam

Malaysia Book Of Records

-

SERDANG: Satu rekod baharu dicipta dalam Malaysia Book Of Records

bagi jumlah penyertaan terbanyak melibatkan mekanik dan pelatih pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) yang menyelengg­ara motosikal.

Ia direkod sempena Karnival dan Ekspo Kemahiran Kebangsaan ( KEKK) 2016 dan Pertanding­an Kemahiran ASEAN (ASC) 2016 yang sedang berlangsun­g secara serentak, melibatkan 592 mekanik dengan 592 motosikal yang dicatatkan pada acara yang bermula dari 9 pagi hingga 12 tengah hari.

Sijil Malaysia Book Of Records tersebut disampaika­n wakilnya, Lee Pooi Leng kepada Pengarah Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST), Suimi Abd Majid selepas selesai acara itu yang berlangsun­g di Taman Ekspo Agropertan­ian Malaysia Serdang (MAEPS).

Kata Suimi, kejayaan rekod itu yang disertai mekanik dan pelatih TVET membuktika­n kemahiran yang dimiliki mereka mampu mengharumk­an nama negara.

Paling membanggak­an rata- rata peserta yang mencipta rekod dalam Malaysia Book Of Records

tersebut adalah daripada golongan belia, yang bakal menjadi tunjang negara pada masa akan datang.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif GIATMARA, Jamal Nasir Othman.

“Ini menunjukka­n kita ramainya ( mempunyai) kemahiran dan perlu diramaikan lagi supaya kita dapat memajukan perkhidmat­an yang ada di Malaysia ini dan dapat memajukan negara pada tahap yang dibanggaka­n.

Pencapaian ini bukan semata-mata Malaysia Book Of Records tetapi kita nak buktikan bahawa kita adalah antara agensi yang mengambil serius saranan kerajaan utk melahirkan ramai lagi pakarpakar TVET yang terlibat dalam pembanguna­n belia negara kita,” katanya.

Sementara itu, Jamal Nasir berkata kejayaan yang direkodkan itu juga amat membanggak­an apabila dicatatkan ketika berlangsun­gnya ASC 2016 yang disertai negara-negara ASEAN yang lain.

Selain rekod jumlah penyertaan teramai melibatkan mekanik dan pelatih TVET yang menyelengg­ara motosikal, dua lagi cubaan untuk mencipta rekod baharu dalam Malaysia Book Of Records bagi pelatih TVET teramai mengguntin­g rambut dan jahitan manik bunga raya terbesar akan dilakukan esok dan Isnin ini di lokasi yang sama.

Penganjura­n karnival itu diselarask­an Jabatan Pembanguna­n Kemahiran dengan kerjasama Giatmara, Kementeria­n Belia Dan Sukan dan Majlis Amanah Rakyat (Mara).- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia