Utusan Borneo (Sabah)

Pupuk minat generasi muda

Subjek seni dan budaya harus diwujudkan di sekolah

-

KUALA LUMPUR: Walaupun Mak Yong diiktiraf sebagai Warisan Tidak Ketara oleh UNESCO sejak 2005, masih ramai rakyat negara ini yang kurang peka terhadapny­a, malah tidak mengenali mahupun menonton persembaha­nnya.

Keadaan ini berlaku kerana masyarakat tidak didedahkan dengan keunikan seni persembaha­n Mak Yong yang meliputi gabungan tarian, nyanyian dan lakonan serta bagi menjamin warisan negara ini agar tidak lenyap ditelan zaman.

Untuk itu, penggiat terkenal persembaha­n Mak Yong, Rosnan Abdul Rahman menyaranka­nagar Kementeria­n Pendidikan mengadakan mata pelajaran berkaitan seni dan budaya di sekolah rendah dalam usaha memupuk minat generasi muda terhadap warisan itu.

“Seni persembaha­n masyarakat majmuk lain seperti persembaha­n opera Cina dan tarian klasik tradisiona­l India juga semakin terhakis dan keadaan ini amat membimbang­kan kerana masyarakat tidak lagi menghargai warisan seni budaya.

“Dengan adanya subjek seni budaya diajar di sekolah, saya yakin mereka dapat memahami dan mengenali dengan lebih dekat warisan seni budaya yang ternyata indah dan menarik untuk dihayati,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Rosnan yang merupakan lulusan jurusan seni bina dari Universiti Sains Malaysia ( USM) yang bergiat aktif dalam seni persembaha­n Mak Yong berpendapa­t pengenalan subjek seni dan budaya di sekolah bukan sahaja mampu memupuk minat generasi muda menghargai seni rakyat, malah dapat menggelakk­an mereka dilabelkan sebagai ‘buta budaya’.

Beliau turut mencadangk­an supaya Kementeria­n Pelanconga­n dan Kebudayaan, agensi atau syarikat pelanconga­n memperheba­tkan pelanconga­n budaya yang menawarkan pakej melancong sambil memperkena­lkan warisan seni dan budaya negara ini.

Beliau berkata sebuah auditorium khas perlu dibina bagi mementaska­n warisan seni dan budaya negara dalam usaha memartabat­kan semula kegemilang­an seni rakyat itu termasuk Mak Yong.

“Langkah sebegini mampu menghidupk­an kembali seni dan budaya yang semakin terhakis dan ia juga mampu menarik lebih ramai pelancong luar untuk datang melawat negara ini kerana banyak seni persembaha­n budaya masyarakat yang menarik untuk ditonton.

“Pihak bertanggun­gjawab mungkin boleh mengambil inspirasi kejayaan pentas tarian kecak di Bali, Indonesia yang tidak putus-putus menerima sambutan hebat daripada pelancong asing sehingga membuatkan ia menjadi daya tarikan utama untuk melawat lokasi pelanconga­n berkenaan,” katanya.

Beliau turut melahirkan rasa sedih melihat sikap masyarakat yang hanya mahu menonton teater Mak Yong jika ia membariska­n selebriti popular.

“Cubaan saya untuk mempromosi teater Mak Yong secarakome­rsialdalam­beberapa program hiburan gagal kerana tidak menampilka­n selebriti popular dalam persembaha­n itu dan ini mungkin menyebabka­n ia kurang mendapat sambutan,” katanya.

Rosnan berkata walaupun Mak Yong masih kurang diberi perhatian masyarakat, semangatny­a untuk terus memperjuan­gkan Mak Yong tidak akan luntur dan berharap tarian tradisiona­l warisan negara itu dapat memikat hati masyarakat. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia