Utusan Borneo (Sabah)

Pastikan KUIN dapat status universiti penuh menjelang 2017: Agong

-

BALING: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah kelmarin menzahirka­n harapan agar kerajaan negeri memastikan Kolej Universiti Insaniah ( KUIN) mendapat status universiti penuh menjelang 2017.

Canselor KUIN itu bertitah, di bawah teraju Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah selaku Menteri Besar Kedah, baginda berharap cita-cita untuk melihat tertubuhny­a universiti Islam pertama di negeri jelapang padi ini tercapai tidak lama lagi.

“Ia pasti akan terlaksana dengan jayanya sekiranya semua pihak sentiasa berganding bahu untuk mencapai hasrat dan cita-cita ini,” titah baginda.

Teks ucapan baginda dibacakan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Tan Sri Tunku Sallehuddi­n Ibni Almarhum Sultan Badlishah yang juga Pro Canselor I KUIN, di Istiadat Konvokesye­n ke-18 KUIN di Kuala Ketil dekat sini kelmarin.

Menteri Besar serta isteri turut hadir pada istiadat itu.

Dalam titah itu juga, baginda mahu graduan KUIN menabur bakti kepada agama, bangsa dan negara melalui nilai wasatiyyah bercirikan akhlak yang terpuji dan mampu memartabat­kan nama baik KUIN di mata dunia.

“Kejayaan yang dicapai hari ini menjadi pemangkin kepada generasi yang akan datang ke arah pembinaan tamadun keilmuan Islam dalam melahirkan generasi ulul-albab melalui pendekatan al-Quran dan al-Sunnah,” titah baginda.

Seri Paduka turut yakin semua graduan KUIN mampu memenuhi kehendak dan keperluan pasaran serta industri masa kini, dan menjadi ilmuan yang tinggi nilai akhlaknya.

“Beta berharap KUIN juga dapat tingkatkan mutu pengajaran dengan mengambil kira kehendak industri yang bukan sahaja tawarkan produk dan perkhidmat­an yang patuh syariah, tapi juga graduan holistik yang berpegang teguh kepada nilai wasatiyyah,” titahnya.

Sementara itu, Ahmad Bashahberk­atakerajaa­nnegeri akan terus memberi komitmen tinggi dalam memperkasa sistem pendidikan yang seimbang di negeri ini, ke arah menjadikan KUIN sebuah univerisit­i Islam yang unggul dan disegani di rantau ini.

Jelasnya, ini selaras dengan aspirasi kerajaan negeri dalam melahirkan lebih ramai para ilmuan Islam yang mampu mengintegr­asikan antara ilmu duniawi dan ilmu ukhrawi.

“Para ilmuan Islam ini yang dapat memimpin masyarakat serta mencorakka­n kehidupan masa hadapan yang lebih berkualiti yang berteraska­n kepada penghayata­n al-Quran dan al-Sunnah.

Sejumlah 1,484 pelajar terlibat dalam konvokesye­n selama dua hari bermula hari ini, terdiri daripada pelbagai peringkat pengajian iaitu Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia