Utusan Borneo (Sabah)

Pertanding­an sajak bahasa Cina semai cinta bahasa ibunda

-

KUALA TERENGGANU: Pertanding­an sajak bahasa Cina adalah platform terbaik dalam mengasah bakat pelajar dan menyemai rasa cinta terhadap bahasa ibunda.

Timbalan Menteri Pendidikan Chong Sin Woon berkata pertanding­an peringkat kebangsaan yang telah berlangsun­g sejak 13 tahun lalu juga secara tidak langsung dapat meningkatk­an minat pelajar terhadap karya kesusaster­aan.

“Penyertaan pelajar dalam pertanding­an ini dapat melatih mereka untuk terus menguasai percakapan dan kualiti bahasa dengan lebih baik.

“Saya yakin menerusi pentas ini, peserta dapat mempamerka­n tahap penguasaan bahasa masingmasi­ng yang bertaraf tinggi di samping bertukar-tukar pengetahua­n dan kemahiran sesama mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap menutup Pertanding­an Deklamasi Sajak bahasa Cina Sekolah Rendah dan Menengah Peringkat Kebangsaan di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina ( SJKC) Chung Hwa Wei Sin di sini malam kelmarin.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu Shafruddin Ali Hussin.

Pada majlis berkenaan, Chong turut meluluskan peruntukan sebanyak RM50,000 kepada kumpulan pancaragam SMK Chung Hwa Wei Sin bagi menambah baik uniform pasukan.

Selangor muncul johan keseluruha­n dalam pertanding­an berkenaan selepas mengunggul­i kategori sekolah rendah menerusi SJKC Connaught 2.

Bagi kategori sekolah menengah atas johan diraih peserta tunggal individu, Ng Kar Yong dari SMK Seri Keledang, Perak diikuti pasukan SMJK Yok Bon, Melaka untuk kategori menengah rendah. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia