Utusan Borneo (Sabah)

Douglas serah tugas kepada pemangku KPD, ASP Lee

- Oleh JOHAN AZIZ

KENINGAU: Majlis serah tugas antara mantan Ketua Polis Daerah, Superinten­den Douglas Nyeging Taong dan Pemangku Ketua Polis Daerah, Assistant Superinten­den Lee Nyuk Kim telah diadakan di Ibu Pejabat Polis Daerah di sini pada Rabu.

Douglas yang berkhidmat di daerah ini selama satu tahun 10 bulan telah ditukarkan ke Ibu Pejabat Daerah Kudat sebagai Ketua Polis Daerah.

Majlis itu disaksikan oleh ACP Pentadbira­n Ibu Pejabat Polis Kontingen Sabah, Assistant Commission­er Suhaimi Haji Wiro dan para pegawai kanan polis Ibu Pejabat daerah di sini.

Dalam amanatnya pada majlis itu Suhaimi berkata, sebagai pegawai dan anggota Polis DiRaja Malaysia ( PDRM) harus sentiasa bersyukur dan mengamalka­n ajaran agama yang murni semasa menjalanka­n tugas harian.

Katanya, pegawai dan anggota polis perlu mempunyai sifat kepatuhan dan kesetiaan kepada ketua dan pasukan PDRM.

Beliau juga meminta agar seluruh anggota dapat meneruskan kecemerlan­gan dan kegemilang­an PDRM Keningau walaupun bertukar pucuk pimpinan di peringkat IPD seterusnya meningkatk­an imej PDRM Keningau di mata masyarakat.

“Elakkan dari perkara yang boleh merosakkan diri dan kerjaya polis. Elakkan dari mengamalka­n sikap berpuak-puak dan memilih bulu dalam pasukan.

“Pegawai dan anggota dikehendak­i menjaga kesihatan diri untuk lebih proaktif dalam melaksanak­an tugas dalam pasukan PDRM,” katanya.

Suhaimi berkata, setiap anggota perlu mempunyai fikiran dan niat yang baik semasa menjalanka­n tugas harian dalam pasukan PDRM.

Beliau turut mengucapka­n tahniah kepada Douglas atas kenaikan pangkat dan mengharapk­an ASP Lee N yu kKim yang diamanahka­n sebagai Pemangku Ketua Polis Keningau dapat menjalanka­n tanggungja­wab dengan baik.

Douglas dalam ucapannya turut berterima kasih kepada seluruh pegawai dan anggota PDRM di Ibu Pejabat Daerah di sini yang telah memberikan sokongan dan kerjasama rapat selama satu tahun 10 bulan beliau berkhidmat di daerah ini.

“Saya berharap agar segala program yang dapat menaikkan imej di mata masyarakat di daerah ini dapat diteruskan oleh pimpinan yang baharu,” katanya.

Lee yang juga Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah mewakili seluruh pegawai dan anggotanya turut berterima kasih kepada Douglas yang banyak berkongsi ilmu dan tunjuk ajar selama bertugas di daerah ini.

Beliau juga meminta kerjasama semua pegawai dan anggota agar dapat bekerja sebagai satu pasukan sepanjang beliau memangku jawatan sebagai Pemangku Ketua Polis Daerah.

Pada majlis itu juga turut diadakan serah tugas Pengerusi Perkep daerah Keningau antara mantan Pengerusin­ya, Rebecca Anak Sidang dengan Naib Pengerusi Perkep, Habibah Alun yang memangku jawatan Pengerusi.

Pada majlis yang sama turut diadakan perasmian pondok pengawal oleh Suhaimi dan Douglas.

 ??  ?? DOUGLAS (kanan) menyerahka­n tugas kepada Pemangku Ketua Polis Daerah, Lee disaksikan oleh Suhaimi (tengah).
DOUGLAS (kanan) menyerahka­n tugas kepada Pemangku Ketua Polis Daerah, Lee disaksikan oleh Suhaimi (tengah).
 ??  ?? SUHAIMI bersama Douglas merasmikan pondok pengawal IPD Keningau. Turut kelihatan Lee (kiri), Rebecca (dua kiri) dan pegawai-pegawai kanan polis lain.
SUHAIMI bersama Douglas merasmikan pondok pengawal IPD Keningau. Turut kelihatan Lee (kiri), Rebecca (dua kiri) dan pegawai-pegawai kanan polis lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia