Utusan Borneo (Sabah)

124 pelajar Politeknik KK, DBKK bersihkan Kg Sembulan Tengah

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Seramai 124 pelajar Politeknik Kota Kinabalu bersama- sama dengan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) membersihk­an Kampung Sembulan Tengah.

Mayor DBKK Datuk Yeo Boon Hai berkata, kerjasama seumpamany­a mampu mewujudkan kesedaran terhadap masyarakat bahawa betapa pentingnya untuk menjaga kebersihan di Bandaraya Kota Kinabalu.

“Selain pelajar politeknik, majlis gotong-royong itu turut mendapat kerjasama daripada sembilan hotel serta organisasi dari sekitar bandaraya.

“Kerjasama yang diadakan ini juga menunjukka­n pentingnya jalinan yang diadakan bagi menjayakan program itu,” katanya ketika merasmikan Program ‘CSR Zero Trash Campaign’

anjuran pelajar DHK5B Politeknik Kota Kinabalu Jabatan Pelanconga­n dan Hospitalit­i di sini kelmarin.

Teks ucapanya disampaika­n oleh Penolong Pegawai Kesihatan Persekitar­an DBKK, David Jasmi.

Yeo berkata, kebersihan alam sekitar perlu dijaga demi kebaikan imej Bandaraya Kota Kinabalu di mata pelancong.

“Apabila persekitar­an bersih, maka secara tidak langsung dapat menarik pelancong untuk berkunjung ke sini khususnya pelancong luar negara.

“Antara inisiatif DBKK yang dilaksanak­an bagi mengekalka­n kebersihan ialah mengetatka­n undangunda­ng kecil anti sampah sarap yang diperkenal­kan pada 2005.

“Tindakan tegas akan diambil kepada pesalah atau kutu sampah,” katanya.

Menurutnya, DBKK juga telah mengadakan kerjasama dengan pihak mahkamah untuk membantera­s aktiviti pembuangan sampah yang berleluasa di Sembulan.

Katanya, denda akan dikenakan sebanyak RM500 kepada setiap kesalahan selain pesalah diwajibkan untuk membuat aktiviti khidmat masyarakat.

Baru-baru ini katanya, seramai empat penduduk dikenakan tindakan selepas satu usaha pemantauan diadakan bersama- sama pihak berwajib.

“Diharapkan usaha sedemikian mampu membuka mata penduduk kampung khususnya di Kg Sembulan bukan sahaja untuk menjaga imej bandaraya ini tetapi juga untuk mencegah kes zika,” katanya.

Hadir sama dalam majlis itu ialah Timbalan Pengarah Pendidikan Politeknik Kota Kinabalu, Dullah Muluk.

 ??  ?? DAVID (kiri) menerima cendera kenangan daripada Dullah.
DAVID (kiri) menerima cendera kenangan daripada Dullah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia