Utusan Borneo (Sabah)

Keindahan Gua Tempurung

-

G

UA Tempurung yang terletak di Gopeng, kira-kira 25 kilometer dari bandar raya Ipoh merupakan satu daripada destinasi pelanconga­n yang harus dikunjungi jika ke negeri Perak.

Lebih-lebih lagi, ketika musim cuti sekolah, ibu bapa tidak melepaskan peluang untuk membawa anak-anak mereka menerokai keindahan Gua Tempurung yang mana di dalamnya telah tersedia jejantas dan tangga lengkap dengan lampu.

Menurut Pengarah Eksekutif Pusat Pelanconga­n Gua Tempurung Datuk Abdul Rahman Md Som, pelbagai acara disediakan sempena cuti sekolah termasuk pameran anjuran Jabatan Perlindung­an Hidupan Liar dan Taman Negara, persembaha­n buskers (muzik jalanan) dan karnival.

“Acara ini sebagai tarikan kepada pengun-jung terutama golongan muda supaya mereka akan merasa seronok mendengar muzik sebelum menerokai gua,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Abdul Rahman berkata, pihaknya menyediaka­n empat jenis ekspedisi yang membabitka­n aktiviti perjalanan kering serta perjalanan kering yang diselangi dengan laluan menyusuri sungai.

“Terdapat empat jenis ekspedisi iaitu ‘Golden Flowstone’ (tempat kering), ’Top Of The World’ (tempat kering), ‘Top Of The World and Short River Adventure’ (kawasan basah) dan ‘Grand Tour’ (kawasan basah).

“Masa lawatan adalah mulai jam 9 pagi hingga 4 petang bergantung pada jenis ekspedisi yang dipilih.

“Pengunjung yang mengikuti ekspedisi ini akan berpanduka­n renjer yang berpengala­man,” katanya.

Katanya, bayaran masuk bagi ekspedisi di ‘Golden Flowstone’ adalah sebanyak RM8 bagi dewasa sementara kanak-kanak RM4; ‘Top Of The World’ RM12 (dewasa), RM6 (kanakkanak); ‘Top Of The World and Short River Adventure’ RM15 (dewasa), RM7.50 (kanak-kanak) dan ‘Grand Tour’ RM30 (dewasa), RM15 (kanak-kanak).

SELAMAT, SELESA

Dalam pada itu, Abdul Rahman berkata, Gua Tempurung selamat dikunjungi berikutan kerja-kerja penyelengg­araan keselamata­n telah siap termasuk menambah lampu dan menyediaka­n 32 buah tandas yang lebih besar dan selesa.

“Kami juga bercadang untuk menaik taraf kawasan perkelahan di sini, termasuk membina gerai makanan yang menyediaka­n makanan yang popular di Perak,” katanya.

Mengenai statistik pengunjung ke Gua Tempurung, Abdul Rahman berkata, pihaknya menerima jumlah pengunjung yang amat memberangs­angkan iaitu seramai 64,000 orang bagi tempoh lapan bulan ini.

“Dalam sebulan, pihak kami merekodkan seramai 7,000 pengunjung dari dalam negara dan selebihnya pelancong dari luar negara.

“Peningkata­n itu adalah hasil usaha daripada kerjakerja mempromosi Gua Tempurung selain menaik taraf kawasan gua itu,” katanya.

Ketinggian Gua Tempurung ialah 120 meter, manakala panjangnya dianggarka­n 1.9 kilometer (km) dan ada sungai mengalir sejauh 1.6 kilometer di dalamnya dikenali sebagai Sungai Gua Tempurung.

Ia mempunyai lima kubah besar yang dikenali sebagai Dewan Aliran Batu Emas (Golden Flow-stone), Dewan Gergasi (Giant), Dewan Bijih Timah (Tin Mine), Dewan Alam (Universe) serta gabungan Dewan Pahlawan Tumpas (Fallen Warrior) dan Medan Perang (Battlefiel­d). — Bernama

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia