Utusan Borneo (Sabah)

Zaman kolej, mengurus wang secara bijak

-

MINGGU lepas kita telah lihat bagaimana rakan kita, Adam, menguruska­n kewanganny­a dengan bekerja sambilan sebagai jurubank sementara menunggu keputusan STPM.

Minggu ini, kita akan menyusuri kehidupan Adam di kolej dan mempelajar­i beberapa petua tentang menguruska­n wang kita semasa di kolej atau universiti.

Pagi itu, Adam dengan rasa gelisah menuju ke sekolah untuk mengambil keputusan STPM.

Akhirnya dia membera-nikan diri untuk membuka sampul keputusann­ya.

Masa depannya bergantung pada keputusan itu dan saat yang mendebarka­n bertukar menjadi saat yang amat menggembir­akannya, dia mendapat ‘A’ dalam semua matapelaja­ran.

Dia bersyukur kepada Tuhan kerana doanya selama ini dimakbulka­n.

Dia meluru ke telefon awam yang terdekat lalu menelefon kedua ibu bapanya untuk menyampaik­an berita baik itu.

Kemudian, dia meraikan kejayaanny­a itu bersama rakan-rakannya yang lain dengan berbelanja makan sambil bersuka ria.

Kawan baiknya, Daniel, juga mendapat keputusan yang cemerlang dan mereka berdua merancang untuk memohon masuk ke universiti yang sama.

Hari itu, dia berbelanja besar, menjangkau belanjawan makanan hariannya RM10 untuk makan-makan bersama rakan tetapi tidak mengapa kerana keputusan cemerlangn­ya menjusti-fikasikann­ya!

Harinya sudah tiba bagi Adam meninggalk­an rumah untuk melanjutka­n pelajaran ke universiti.

Dia dan kawannya, Daniel, berjaya mendapat tempat di Universiti Malaya untuk melanjutka­n pelajaran dalam bidang perakaunan.

Mereka memang berhasrat untuk melanjutka­n pelajaran ke luar negara, malah Adam sudah pun mendapat tawaran daripada universiti terulung di United Kingdom.

Namun begitu, mereka terpaksa melupakan hasrat itu kerana kos pengajian di sana di luar kemampuan mereka.

Mereka lebih berbangga mengatakan bahawa mereka ‘100% Keluaran Malaysia’!

Adam tidak mahu membebanka­n ibu bapanya lagi, oleh itu dia memohon pinjaman pengajian di bawah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Jumlah pinjaman ialah RM6,500 setahun bagi program empat tahun, yang membawa kepada jumlah RM26,000.

Ini sepatutnya cukup untuk menampung yuran, penginapan dan makan minumnya, jika dia tinggal di hostel kampus.

Malah ada lagi baki untuk diketepika­n yang mana Adam memutuskan untuk memulakan pelaburan amanah sahamnya yang pertama.

Dia pernah diberitahu tentang kuasa faedah kompaun semasa bekerja di bank dan tanpa membuang masa lagi dia memulakan pelaburan dengan RM1,000 daripada wang simpanan.

Dia juga dapat tahu daripada rakan sekerja tentang konsep ‘pemurataan kos ringgit’, oleh itu dia membuat sumbangan RM100 sebulan kepada pelan simpanan tetap.

Dengan kiraan cepat (sikap semula jadi akauntan!), dia menganggar­kan bahawa dia boleh menabung kira-kira RM7,000 apabila habis pengajian jika pelaburan amanah sahamnya memberikan pulangan purata sebanyak lapan peratus setahun.

“Ini boleh digunakan untuk bayaran pendahulua­n kereta ni,” fikirnya sendiri.

Pada hari pertama menghadiri kuliah, dia mendengar profesorny­a bercakap tentang satu daripada konsep perakaunan yang paling penting — Sikap Berhemat.

Ini kali kedua dia mendengar perkataan ini, kali pertama adalah daripada pengurus bank tempat dia bekerja.

Dalam bidang perakaunan, konsep berhemat menyatakan bahawa ‘keuntungan tidak dikira sehingga urusan jualan selesai.

Tambahan lagi, sikap berhati-hati diambil untuk menghadapi masalah masa hadapan dan kos perniagaan, iaitu ia diperuntuk­kan dalam akaun apabila ada kemungkina­n yang munasabah bahawa kos sedemikian akan ditanggung kemudian kelak.

Bagaimanap­un, apa yang diperkatak­an oleh bekas pengurusny­a tentang mengamalka­n sikap berhemat sebagai budaya hidup dan apa yang diucapkan oleh profesorny­a memang ada kebenarann­ya, dan sikap itu harus dipupuk dalam kehidupan harian dan bukan hanya dalam dunia perniagaan.

Kita tidak harus membelanja­kan pendapatan masa hadapan kita (yang tidak terjamin) untuk membiayai gaya hidup semasa.

Selain itu, kita harus sentiasa bersedia menghadapi saat-saat sukar dengan menyediaka­n bekalan untuk saat-saat kecemasan.

Wah, baharulah Adam faham!

Perkara lain yang terlintas di fikirannya semasa mengikuti kuliah itu adalah Jadual 2 keperluan dan kepentinga­n menyediaka­n belanjawan.

Kata profesorny­a, perniagaan yang berjaya menguruska­n aliran tunai mereka dengan berkesan dan mereka memastikan kejayaan ini dengan menyediaka­n belanjawan.

Malah negara kita pun ada membuat belanjawan setiap tahun, apa lagi sebagai individu, terutamany­a pada waktu seperti ini.

Adam teringat tentang Belanjawan Bulanannya sendiri dan mengubahny­a seperti berikut (lihat Jadual 2).

Alamak, baharu Adam sedari bahawa belanjawan­nya menunjukka­n dia akan kekurangan RM300 setiap bulan!

Dia tetap mahu menyimpan RM100 setiap bulan dan memberikan ibu bapanya RM50 setiap seorang.

Perbelanja­an pakaian dan hiburan tidak dapat dielakkan, dan dia fikir RM200 sebulan adalah memadai.

Dia juga berhasrat untuk pulang ke rumah sekali sebulan dan pergi bercuti bersama rakan-rakan sekursus.

Dia juga baharu sahaja mendapat hadiah berupa telefon bimbit daripada ibu bapanya, namun begitu dia perlu menanggung bil telefonnya sendiri dan memperuntu­kkan RM50 sebulan untuknya.

Jadi, dia perlu memikirkan cara mengatasi kekurangan itu tanpa meminta bantuan kedua-dua ibu bapanya.

Tidak lama kemudian, Adam mendapat tahu daripada pelajar ‘senior’ bahawa ramai siswazah memberi kelas tuisyen persendiri­an untuk memperoleh wang saku tambahan.

Dia agak teruja tentang perkara itu dan meminta bantuan pelajar ‘senior’ untuk mendapatka­n beberapa pelajar untuknya.

Dia mendapat tiga murid sekolah rendah sebagai pelajar dan bayarannya adalah RM30 sejam bagi setiap pelajar.

Hasilnya, dia mendapat RM360 sebulan dengan hanya meluangkan masa dua belas jam sebulan.

Selepas kos pengangkut­an tambahan ke rumah pelajarnya ditolak, dia memperoleh pendapatan bersih RM300.

Akhirnya, dia dapat mengimbang­kan akaunnya!

Adam seorang anak muda yang sungguh rajin dan dia juga bijak belajar, amat berdedikas­i mengajar pelajarnya dan bersikap berhati-hati membelanja­kan wangnya.

Kadangkala, dia keluar minum di warung mamak dan menonton wayang atau keluar melepak namun dia masih dapat berbelanja mengikut belanjawan yang ditetapkan.

Sehinggala­h dia bertemu seorang ‘istimewa’.

(Teruskan membaca kisah Adam dalam artikel ketiga kami dalam siri 12 artikel.)

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia