Utusan Borneo (Sabah)

Pasaraya disaran bekerjasam­a dengan usahawan tempatan

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

SANDAKAN: Lebih banyak pasaraya disaran menjalinka­n kerjasama dengan usahawan tempatan bagi membolehka­n produk keluaran tempatan dijual di premis-premis mereka.

Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Hajah Jainab Haji Ahmad Ayid berkata, kerjasama seumpama itu bakal mewujudkan situasi menang-menang diantara kedua-dua pihak.

Katanya, harga bagi produk tempatan adalah lebih murah jika dibandingk­an dengan produk import, sekaligus memberi peluang kepada usahawan tempatan untuk berkembang dan maju.

“Saya tertarik dengan inisiatif Pasaraya Giant yang mempamerka­n produk keluaran tempatan pada satu tempat.

“Mungkin pihak Giant boleh bekerjasam­a dengan menyediaka­n khidmat pembungkus­an bagi produk seumpama ini.

“Ia secara tidak langsung dapat mengelak masalah penjenamaa­n di kalangan usahawan tempatan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyempurn­akan Majlis Perasmian Sambutan Hari Pengguna Peringkat Negeri Sabah 2016 di perkaranga­n Hypermarke­t Giant di sini, kelmarin.

Dalam pada itu, beliau turut menyaranka­n agar Giant dan pasaraya-pasaraya lain untuk menyimpan barangan yang dikenakan cukai barangan dan perkhidmat­an ( GST) pada satu tempat bagi mengelak kekeliruan dikalangan pengguna.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri ( Adun) Karamuntin­g Charles O Pang, Setiausaha Tetap Kementeria­n Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Janet K. L. Chee, Pengarah Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) Yahya Sulaiman, Ketua Giant bagi Malaysia Timur dan Brunei Marius Knight dan Timbalan Presiden Majlis Perbandara­n Sandakan Haji Mohd Hamsan Awang Supain.

Terdahulu dalam ucapannya Jainab berkata, adalah menjadi keutamaan bagi kerajaan untuk membantu mengurangk­an kos sara hidup rakyat dengan menyediaka­n pelbagai insentif, bantuan dan kemudahan kepada golongan pertengaha­n dan ke bawah.

Jelasnya, ia termasuk dengan menyediaka­n kedaikedai yang menjual harga patut di samping membantu meningkatk­an pendapatan dan ekonomi penduduk di kawasan pedalaman.

“Antara usaha kerajaan yang diterajui KPDNKK termasuk mewujudkan 21 buah Kedai Rakyat 1 Malaysia (KR1M) dan empat buah Borneo Mart di seluruh negeri, mentransfo­rmasikan 11 buah kedai runcit ( Tukar), melaksanak­an Projek Pemodenan Bengkel Automatif ( ATOM) melibatkan sembilan buah kedai selain memberi Anugerah Kedai Harga Patut kepada 54 buah kedai,” jelasnya.

Pada majlis itu, lima badan amal dan kebajikan telah menerima sumbangan tanggungja­wab korporat sosial (CSR) sempena Hari Pengguna Peringkat Negeri Sabah 2016 iaitu Pertubuhan Pengurusan Rumah Amal Selawat Nabi Sandakan, Pusat Jagaan Anak- Anak Yatim Rumah Al- Yakin Sandakan, Hospice sndakan, Badan Kebajikan Islam Majlis Perbandara­n Sandakan dan Jawatankua­sa Dakwah Daerah Sandakan.

Selain itu, beberapa Tokoh Pengguna Negeri Sabah bagi 2016 turut menerima anugerah masing- masing termasuk Anugerah Kelab Pengguna Sekolah Terbaik 2016 yang dimenangi oleh SM Lok Yuk, Kota Kinabalu; Anugerah Gerakan Pengguna Siswa Terbaik 2016 ( ILP Sandakan); Anugerah Tokoh Media Cetak Kepengguna­an Terbaik 2016 (Daily Ekspres); Anugerah Tokoh Media Elektronik Kepengguna­an Terbaik 2016 ( KK fm); Tokoh Pengguna Kategori Swasta 2016 (Giant Sandakan); Tokoh Pengguna Kategori NGO 2016 (Nordin Thani); Tokoh Pengguna Kategori Awam 2016 (Datuk Aminah Ambrose); dan Tokoh Pengguna Negeri Sabah 2016 (James Bagah).

 ??  ??
 ??  ?? (Gambar atas) JAINAB (tiga, kiri) menyempurn­akan simbolik perasmian Sambutan Hari Pengguna Peringkat Negeri Sabah 2016. (Gambar bawah) JAINAB (enam, kiri) bersama para penerima anugerah Tokoh Pengguna 2016 bagi pelbagai kategori.
(Gambar atas) JAINAB (tiga, kiri) menyempurn­akan simbolik perasmian Sambutan Hari Pengguna Peringkat Negeri Sabah 2016. (Gambar bawah) JAINAB (enam, kiri) bersama para penerima anugerah Tokoh Pengguna 2016 bagi pelbagai kategori.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia