Utusan Borneo (Sabah)

Rakyat harus rebut peluang melalui Kempen #YouCanDuit tingkat pendapatan

- SURAIDAH ROSLAN - Oleh

KOTA KINABALU: Masyarakat di negeri ini disaran agar merebut peluang yang disediakan melalui Kempen # YouCanDuit dengan menggunaka­n pendekatan ekonomi digital bagi meningkatk­an pendapatan masing-masing.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman berkata, dengan adanya program sebegini, ia harus dimanfaatk­an oleh rakyat di Sabah kerana sudah ramai golongan belia yang berjaya melalui program e-Rezeki dan e-Usahawan yang dilaksanak­an dibawah Kempen #YouCanDuit ini.

“Kita tidak seharusnya cepat berpuas hati dengan apa yang kita ada sebaliknya, kita harus terus berusaha meningkatk­an taraf kehidupan dan lebih berdaya saing untuk mencapai kejayaan,” katanya dalam teks ucapannya sempena pelancaran Kempen #YouCanDuit Negeri Sabah, di Pusat Dagangan Sabah, di sini kelmarin.

Teks ucapan beliau disampaika­n oleh Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembanguna­n Perindustr­ian Datuk Seri Panglima Raymond Tan.

Musa berkata, penganjura­n kempen sebegitu oleh Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia (KKMM) dan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia ( Mdec) seiring dengan dasar dan halatuju Kerajaan Negeri untuk melahirkan lebih ramai usahawan bagi memacu pembanguna­n ekonomi Sabah.

“Melihat generasi hari ini adalah generasi ‘digital

natives’, Kerajaan Negeri melaksanak­an pelbagai program berkaitan Teknologi Komunikasi dan Maklumat (ICT) di Sabah termasuk menubuhkan pusat e-Desa, menganjurk­an RoboNeo, Sabah Screen Fest, Pusat Inkubasi Maya dan memperkasa usahawan techno.

“Hari ini dengan adanya kempen #YouCanDuit yang menyediaka­n program eRezeki dan e-Usahawan, ia akan membuka laluan yang lebih luas dalam melatih isi rumah berpendapa­tan rendah untuk meraih peluangpel­uang pendapatan melalui alam digital,” katanya.

Program sebegitu menyumbang kepada peningkata­n sosio-ekonomi rakyat dari segi penyediaan peluang perniagaan, menjana pendapatan serta melahirkan usahawan berjaya.

Malah, Kerajaan Negeri juga sentiasa membuka ruang, peluang dan sokongan kepada mana-mana usahawan yang berusaha mengembang­kan perniagaan masing-masing.

Sementara itu, ketika ditanya langkah Kerajaan Negeri untuk mengembang­kan ekonomi digital di Sabah, Raymond berkata, satu pelan tindakan akan diwujudkan bagi memastikan ekonomi digital di negeri ini dapat disampaika­n kepada rakyat secara menyeluruh.

“Ekonomi digital amat penting. Maka, saya akan bawa cadangan mewujudkan pelan tindakan ini ke kabinet untuk memastikan program yang dilaksanak­an disampaika­n secara menyeluruh kepada rakyat Sabah.

“Kita akan menggunaka­n kesempatan yang ada ini untuk bekerjasam­a dengan lebih rapat dengan KKMM untuk menjayakan ekonomi digital di Sabah,” katanya.

Raymond juga menyaranka­n masyarakat di negeri ini menggunaka­n peluang yang disediakan melalui e- Rezeki dan eUsahawan dibawah kempen # YouCanDuit ini dengan sebaiknya bagi meningkatk­an pendapatan dan perniagaan masing-masing.

 ??  ?? KETUA Pegawai Eksekutif Mdec Datuk Yasmin Mahmood (tiga kiri) memberi penerangan kepada Raymond (dua kiri) semasa melawat peserta-peserta program e-Usahawan dalam Karnival Kempen #YouCanDuit, turut kelihatan Menteri KKMM Datuk Seri Dr Salleh Tun Said...
KETUA Pegawai Eksekutif Mdec Datuk Yasmin Mahmood (tiga kiri) memberi penerangan kepada Raymond (dua kiri) semasa melawat peserta-peserta program e-Usahawan dalam Karnival Kempen #YouCanDuit, turut kelihatan Menteri KKMM Datuk Seri Dr Salleh Tun Said...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia