Utusan Borneo (Sabah)

Lagi pusat e-Rezeki ditubuhkan

Galak rakyat guna saluran digital tingkat pendapatan

- Oleh SURAIDAH ROSLAN

KOTA KINABALU: Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (Mdec) merancang untuk menubuhkan sebuah lagi pusat e-Rezeki di Sabah bagi membolehka­n lebih ramai golongan berpendapa­tan rendah menyertai dan seterusnya mendapat manfaat daripada program ini.

Pengerusi Mdec Tan Sri Sidek Hassan berkata, buat masa ini hanya terdapat satu pusat e- Rezeki di Sabah iaitu di Universiti Kolej Yayasan Sabah ( UCSF). Sejak ia beroperasi pada Jun lalu, pusat e-Rezeki ini menerima lebih dari 900 orang peserta.

Malah, tenaga pengajar eRezeki juga sudah memulakan sesi latihan dengan peserta yang berdaftar. Selain di UCSF, terdapat juga wakil e-Rezeki di Kolej Komuniti Tawau dan Sandakan.

Oleh itu, satu lagi pusat akan dibuka di Sabah dengan kerjasama Kementeria­n Pembanguna­n Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Negeri Sabah.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Majlis Pelancaran Karnival Kempen #YouCanDuit di Sabah, di Pusat Dagangan Sabah di sini kelmarin.

Majlis pelancaran berkenaan disempurna­kan oleh Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembanguna­n Perindustr­ian Datuk Seri Panglima Raymond Tan.

Sidek berkata, sehingga Ogos, program e- Rezeki berjaya menghasilk­an pendapatan tambahan terkumpul berjumlah lebih RM18.3 juta dengan penyertaan lebih 20,000 peserta di seluruh negara.

“Untuk tahun ini, program e-Rezeki memperkena­lkan beberapa fokus dan landasan baharu sesuai dengan keperluan dan kemahiran golongan B40 yang berbagaiba­gai,” katanya.

Menyentuh mengenai program e-Usahawan pula, Mdec menyasarka­n pada hujung tahun ini, sebanyak 383 pusat Institusi Pendidikan dan Latihan Vokasional (TVET) akan bekerjasam­a bagi melaksanak­an program e- Usahawan di seluruh negara.

“Program e-Usahawan ini sudah menyalurka­n latihan kepada 400 pensyarah sebagai pelatih induk dengan lebih 6,000 pelajar. Hasilnya, 42 peratus daripada mereka berjaya menjana pendapatan keseluruha­n terkumpul hampir RM2 juta dalam tempoh enam bulan sahaja.

“Program e- Usahawan turut diperluask­an kepada usahawan mikro di seluruh negara. Usahawan mikro ini akan menjalani kursus selama seminggu di pusat T-VET terpilih. Sejak awal tahun ini sehingga 31 Ogos, lebih 20, 000 pelajar T- VET dan usahawan mikro menyertai kursus ini dan berjaya menjana hasil jualan keseluruha­n terkumpul sejumlah RM14.3 juta.

“Menjelang akhir tahun ini, seramai 45,000 peserta dijangka akan menyertai kursus ini dengan sasaran hasil jualan terkumpul sebanyak RM21 juta,” katanya.

Kempen #YouCanDuit ini diadakan di Sabah sebagai destinasi kelima selepas kempen ini dilancarka­n pada Mac lalu.

Dengan pelaksanaa­n kedua-dua program itu, Sidek menyaranka­n masyarakat serta usahawan di negeri ini merebut peluang yang ada dan sertai program eRezeki dan e-Usahawan yang disediakan oleh Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) melalui Mdec ini.

Sementara itu, Setiausaha Tetap Kementeria­n Pembanguna­n Sumber dan Teknologi Malumat Datuk Bruno Vun ketika ditanya mengenai perancanga­n menubuhkan pusat e-Rezeki di bawah kementeria­n itu, beliau berharap pusat eRezeki itu dapat ditubuhkan secepat mungkin dan jika boleh ditubuhkan pada tahun ini.

Namun, ia bergantung kepada Kinabalu Coders yang bertanggun­gjawab menubuhkan pusat berkenaan. Sekiranya Mdec memutuskan semuanya sudah bersedia dan komuniti juga bersedia maka, pusat berkenaan boleh mula beroperasi.

“Kita memang mempunyai ruang untuk menubuhkan pusat berkenaan di kementeria­n. Pusat itu nanti akan beroperasi selama 24 jam,” jelasnya.

 ??  ?? RAYMOND (tengah) menyempurn­akan simbolik perasmian Karnival Kempen #YouCanDuit, sambil disaksikan oleh Sidek (kanan), Bruno (kiri), Menteri Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Tun Said (dua kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif Mdec...
RAYMOND (tengah) menyempurn­akan simbolik perasmian Karnival Kempen #YouCanDuit, sambil disaksikan oleh Sidek (kanan), Bruno (kiri), Menteri Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Tun Said (dua kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif Mdec...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia