Utusan Borneo (Sabah)

Mangsa polis di Charlotte didapati bersenjata

-

CHARLOTTE: Selaras senjata ditemui di tempat kejadian bagi kejadian tembakan maut terhadap seorang lelaki kulit hitam oleh anggota polis di Charlotte, Carolina Utara, pada Selasa lepas berisi dengan peluru dan mempunyai cap jari mangsa, lapor CNN kelmarin ketika keluarga lelaki itu mengeluark­an video peribadi mengenai kejadian itu.

Keluarga mangsa tembakan Keith Scott, yang mana kematianny­a telah menyebabka­n bantahan selama tiga hari, berterusan untuk menggesa pihak berkuasa untuk menunjukka­n rakaman mereka sendiri bagi kejadian tembakan itu.

Saat ketika seorang anggota polis kulit hitam menembak Scott, 43, ayah kepada tujuh orang anak, tidak dapat dili- hat di dalam video selama dua minit yang dirakamkan oleh isterinya, Rakeyia, yang boleh didengari sebagai menggesa anggota polis agar tidak melepaskan tembakan. “Jangan tembak dia! “Dia tidak mempunyai senjata,” beliau boleh didengar memberitah­u anggota polis ketika mereka menjerit ke arah Scott,

“Letakkan senjata kamu!”

Beberapa das tembakan boleh didengari di dalam video, yang telah dikeluarka­n kepada pihak media AS, diikuti dengan jeritannya, “Adakah kamu telah menembakny­a? Harap dia tidak mati.”

Video telah dirakamkan dari sebuah kawalan berhampira­n ketika drama di tempat letak kereta itu berlaku di depan Rakeyia Scott.

CNN memetik seorang sumber rapat dengan siasatan sebagai menyatakan senjata tersebut mempunyai cap jari, DNA dan darah yang menyamai dengan Scott.

Sebuah kumpulan bekerja Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu kelmarin telah membanding­kan pembunuhan itu dengan tindakan penyembeli­han warga kulit hitam oleh kumpulan ketuanan kulit putih pada kurun ke-19 dan ke-20.

Kematian Scott telah menyebabka­n rusuhan selama dua hari di Charlotte, bandar terbesar di Carolina Utara, dengan penunjuk perasaan menafikan dakwaan anggota polis bahawa Scott memegang senjata.

Ketua Polis Charlotte-Mecklenber­g, Kerr Putney telah menyatakan bahawa video yang diambil oleh kamera badan polis telah menyokong versi kejadian oleh pihak polis, namun beliau menolak untuk menunjukka­n video tersebut secara umum.

Tiada senjata dapat dilihat di dalam video Puan Scott.

Pihak polis Charlotte kelmarin menahan seorang lelaki yang didakwa bertanggun­gjawab atas kematian seorang penunjuk perasaan Khamis lalu selepas ditembak malam sebelumnya semasa menyertai bantahan, Putney memberitah­u satu sidang media.

Pihak polis telah mengenal pasti suspek penembak sebagai Rayquan Borum, 21, dan mangsanya adalah Justin Carr, yang dilaporkan The Charlotte Observer berusia 26 tahun. — Reuters

 ??  ?? ANGGOTA polis antirusuha­n berdepan dengan penunjuk perasaan yang mengecam pembunuhan Scott di Charlotte, kelmarin. — Gambar Reuters
ANGGOTA polis antirusuha­n berdepan dengan penunjuk perasaan yang mengecam pembunuhan Scott di Charlotte, kelmarin. — Gambar Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia