Utusan Borneo (Sabah)

Serangan di Washington, empat terbunuh

Seorang lelaki parah ketika anggota polis buru lelaki Hispanik disyaki suspek tunggal

-

LOS ANGELES: Operasi dilancarka­n selepas seorang lelaki bersenjata membunuh sekurang-kurangnya empat orang dan mencederak­an seorang mangsa lewat kelmarin dalam satu serangan bersenjata di sebuah pusat beli-belah di negeri Amerika Syarikat (AS) Washington.

Jurucakap polis Sarjan Mark Francis berkata, pihak berkuasa percaya hanya seorang penyerang terlibat dalam serangan di Cascade Mall di Burlington, menggambar­kannya sebagai lelaki Hispanik berpakaian serba kelabu.

Polis mendedahka­n imej pegun video pemantauan yang menunjukka­n bahagian kepala dan dada seorang suspek yang kelihatan muda, walaupun gambar penuh yang diterbitka­n media tempatan menunjukka­n suspek membawa selaras raifal sambil berjalan di dalam sebuah kedai pakaian.

Empat wanita terbunuh dan seorang lelaki yang cedera parah kini menerima rawatan rapi di hospital, kata polis.

Pihak polis menerima panggilan mengenai kejadian tembakan di pusat beli-belah itu sekitar jam 7 malam, kira-kira 110 kilometer utara Seattle di negeri barat laut Pasifik itu, menurut seorang lagi jurucakap Trooper Rick Johnson, kepada CNN.

“Buat masa ini kami tidak dapat membuat sebarang jangkaan.

“Mereka masih menemu bual saksi dan cuba mendapatka­n gambaran terbaik mengenai tindakan yang harus diambil seterusnya.

“Kami hanya meminta orang ramai agar menjauhi kawasan tersebut.

“Jangan keluar dari ru- mah dan laporkan sebarang kejadian mencurigak­an yang mungkin dilihat,” katnaya lanjut.

Suspek kali terakhir dilihat berjalan kaki ke arah lebuh raya tempatan dari pusat beli-belah itu sebelum polis tiba, jelas Francis dalam Twitter.

Pusat beli-belah itu dikosongka­n ketika anggota polis mengerumun­i kawasan itu.

Saksi memberitah­u KOMO News bahawa seorang lelaki bersenjata memasuki pasar raya Macy’s dan melepaskan tembakan. Perniagaan berhampira­n kemudianny­a dikosongka­n, tambah stesen televisyen itu.

“Saya mendengar satu tembakan sebelum keadaan sepi seketika kemudian dua tiga orang mulai berlari keluar sambil berkata ‘senjata api’, dan kemudian tiga das tembakan lagi,” kata Armando Patino, yang bekerja di sebuah kedai telefon bimbit.

“Saya segera berlari masuk ke dalam kedai dan beberapa orang yang tidak tahu ke mana hendak dituju turut mengekori saya. “Kami bersembuny­i di belakang kedai sehingga mereka mengarahka­n kami untuk mengosongk­an bangunan,” tambahnya.

Beberapa agensi penguatkua­saan tempatan dan anjing pengesan kini giat mencari suspek.

Pejabat luar FBI Seattle mengatakan mereka membantu pihak berkuasa tempatan.

Polis mengambil masa beberapa jam untuk mengosongk­an bangunan yang besar itu dan sekitar jam 11 malam, 11 pasukan pencari dan dua pasukan anjing pengesan sudah 90 peratus menyiapkan pemburuan mereka.

Francis yang mengatakan operasi mencari suspek masih digiatkan di sekitar kawasan itu, menjelaska­n bahawa mangsa terselamat dihantar dengan bas ke sebuah gereja berhampira­n. Pusat beli-belah itu ditutup semalam sebagai tanda hormat buat mangsa, menurut komen pihak pengurusan dalam Facebook. — AFP

 ??  ?? FRANCIS bercakap kepada media berlatarbe­lakangkan Cascade Mall di Burlington, Washington kelmarin di mana seorang lelaki bersenjata melancarka­n serangan yang bermula di Macy’s. — Gambar Reuters
FRANCIS bercakap kepada media berlatarbe­lakangkan Cascade Mall di Burlington, Washington kelmarin di mana seorang lelaki bersenjata melancarka­n serangan yang bermula di Macy’s. — Gambar Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia