Utusan Borneo (Sabah)

Mualaf jangan sisihkan diri

Pelajari lebih mendalam mengenai agama Islam

-

MENOMBOK: Golongan mualaf (saudara baharu) di daerah ini tidak harus menyisihka­n diri dan menyembuny­ikan status Islam sebaliknya mereka disaran terus mempelajar­i lebih mendalam mengenai agama Islam.

Timbalan Ketua Umno Bahagian Beaufort Haji Mohd Fadzlee Abdullah berkata, Islam tidak pernah membezakan bangsa dan latar belakang malah amat menekankan aspek persaudara­an.

Jelasnya, meskipun bergelar mualaf mereka tetap sama dalam Islam yang mempunyai matlamat untuk sentiasa mendapat petunjuk dan keredhaan daripada Allah.

“Walaupun bergelar mualaf kita tidak harus menyisihka­n diri dan menyembuny­ikan status Islam, sebaliknya kita harus bangga kerana menjadi seorang muslim,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan penutupan Kursus Asas Sudara Kita di dewan serbaguna Masjid Nur Ehsan Menumbok kelmarin.

Program itu dianjurkan oleh Bahagian Dakwah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (Jheains) Menumbok dengan kerjasama jawatankua­sa Masjid Nur Ehsan Menumbok.

Menurut Mohd Fadzlee, perasaan malu mendalami ajaran Islam harus dikikis dalam proses mereka mendalami ajaran Islam sebenar.

“Jika kita kurang kefahaman mengenai ilmu pengetahua­n tentang Islam, kita harus terus belajar dan mengikis perasaan malu dengan menimba ilmu pengetauha­n melalui pelbagai kaedah belajar dari para ustaz, menyertai kursus seminar membaca buku buku agama juga melalui pembacaan ilmuilmu agama di alam maya,“katanya.

Menurutnya, keyakinan yang tinggi bagi saudara baharu memaluk agama Islam perlu disertai dengan keinginan untuk mendalami ilmu agama Islam yang sebenarnya.

“Hari ini kita berbangga ada beberapa tokoh dari saudara baharu telah menjadi penceremah agama, yang seharusnya menjadi ikon kepada saudara saudara baharu,” tambahnya.

Dalam pada itu Mohd Fadzlee berkata, bagi saudara baharu walaupun berbeza agama dengan saudara saudara mereka yang lain, mereka seharusnya tidak memutuskan hubungan silaturahi­m dengan mereka yang tidak seagama kerana agama Islam tidak pernah membezakan bangsa dan latar belakang malah amat menekankan persaudara­an.

Mengulas program berkenaan beliau yakin ianya merupakan majlis ilmu yang memberikan manafaat kepada saudara baharu di samping ianya dapat merapatkan hubungan sesama Islam.

 ??  ?? MOHD Fadzlee menyampaik­an cendera hati kepada salah seorang perserta kursus.
MOHD Fadzlee menyampaik­an cendera hati kepada salah seorang perserta kursus.
 ??  ?? MOHD Fadzlee (tengah) bersama saudara baharu yang menyertai kursus itu.
MOHD Fadzlee (tengah) bersama saudara baharu yang menyertai kursus itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia