Utusan Borneo (Sabah)

Pengurusan sistematik hasilkan sawit berkualiti

-

MIRI: Tatacara dan pengurusan ladang sistematik memastikan pengeluara­n hasil kelapa sawit berkualiti sekali gus mendatangk­an keuntungan lumayan kepada pengusaha.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Telang Usan, Dennis Ngau berkata, dikenali tanaman emas, pengusaha termasuk pekebun kecil sawit perlu meningkat teknik kemahiran pengurusan menambah hasil keluaran mereka.

“Bukan lagi tanam ikut kepercayaa­n adat atau hanya mengikut kepercayaa­n karut. Tanaman sawit hanya mula berhasil selepas tiga tahun ditanam.

“Kalau kita ‘cincai’ saja tak ikut cara penjagaan sepatutnya, mungkin usaha bertahun- tahun itu hanya sia- sia,” jelas beliau merasmikan Taklimat Minyak Sawit Lestari Malaysia (MSPO) di hotel Imperial pagi Jumaat.

Taklimat sehari itu dihadiri 376 peserta terdiri daripada pekebun kecil, sederhana dan pemilik kilang kelapa sawit melibatkan pihak Sarawak Oil Palms Berhad ( SOPB), Lembaga Minyak Sawit Malaysia ( MOPB) dan Majlis Pensijilan Minyak Sawit Malaysia (MPOCC).

Dennis berkata, kerajaan menggalak rakyat terlibat dalam penanaman kelapa sawit secara komersil sebagai cara membantu rakyat luar bandar menaik taraf ekonomi keluarga.

Kerajaan melalui MPOB menghulurk­an bantuan dalam bentuk anak benih, baja dan bantuan untuk menyedia tapak tanaman.

“Usaha ini melibatkan bajet besar dan saya menggesa masyarakat bersungguh-sungguh melaksanak­an bantuan yang diterima sehinggala­h peringkat sawit itu berbuah dan mendatangk­an hasil kepada kita,” jelas beliau.

Bagaimanap­un, sikap menunggu bantuan kerajaan akan melambatka­n usaha dalam bidang penanaman kelapa sawit.

Tentang MSPO, pekebun diajar tatacara pertanian betul termasuk aspek keselamata­n dan komitmen dalam mengeluark­an hasil sawit yang menguntung­kan.

“Dengan mendapat pensijilan MSPO dan mempraktik­annya dalam kerja perladanga­n kita, anda akan belajar cara mana menjadualk­an kerja ladang termasuk masa sesuai memungut buat sawit.

“Tidak mengikut sesuka hati atau yang lebih teruk tidak faham keadaan macam mana buah yang sudah sampai masa dipungut, “jelas Dennis.

Hadir sama ialah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SOPB Paul Wong Hee Kwong, Ketua Pegawai Operasi SOPB Eric Kiu Kwong Seng, Pengurus Kanan Pengurusan Perladanga­n MPOCC, Chong Wei Kwang dan Penyelidik Kanan MPOB, Dr Ainie Kuntom.

 ??  ?? Dari kiri CHONG, Ainie, Dennis, Paul dan Eric menunjukka­n ikrar komitmen MSPO yang ditandatan­gani semasa taklimat MSPO di Hotel Imperial.
Dari kiri CHONG, Ainie, Dennis, Paul dan Eric menunjukka­n ikrar komitmen MSPO yang ditandatan­gani semasa taklimat MSPO di Hotel Imperial.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia