Utusan Borneo (Sabah)

Analisa lahir anak ketiga Orang Utan pada Hari Malaysia

-

KUCHING: Populasi Orang Utan di Pusat Hidupan Liar Semenggoh di sini bertambah apabila seekor anak spesies haiwan terancam itu dilahirkan baru-baru ini.

Menurut Sarawak Forestry Corporatio­n (SFC), kelahiran anak kepada Orang Utan bernama Analisa itu menjadikan populasi bertambah kepada 27 ekor dalam kawasan terbuka dan bebas di pusat terletak dalam Rizab Semulajadi Semenggoh.

“Analisa ketika masih mengandung, dilihat kali terakhir pelantar makanan pada 13 September, dan pada 18 September ia muncul untuk makan bersama bayi yang memeluknya.

“Bayi Orang Utan baharu itu dipercayai dilahir pada 16 September, pada Hari Malaysia,” kata kenyataan itu pada Jumaat sambil menambah, si ibu dan anaknya kelihatan sihat.

Bagaimanap­un, jantina ahli baharu itu belum dikenal pasti kerana ia masih enggan berenggang dan dilindungi sepenuhnya oleh ibunya.

Analisa, 20, dilahirkan di Semenggoh dan merupakan anak kepada Seduku, 45 – Orang Utan betina paling tua di pusat itu.

Analisaset­akatinimel­ahirkan tiga anak iaitu dua terdahulu ialah Anakku dan Digital Guro.

Digital Guro berjantina jantan dijadikan anak angkat Majlis Daerah Guro di Seoul, Korea Selatan tetapi mati pada umur tiga tahun pada November 2015 kerana faktor semulajadi.

Di Pusat Hidupan Liar Semenggoh dan Pusat Hidupan Liar Matang, SFC menyediaka­n program anak angkat Orang Utan yang terbuka kepada orang ramai dan organisasi korporat.

Individu boleh menyertain­ya dengan menyumbang RM200 untuk setahun, manakala korporat RM10,000.

Dana itu akan digunakan untuk tujuan pemulihara­an orang utan.

Selain program itu, SFC juga mempunyai program Hati Ke Hati bersama Orang Utan di dua pusat tersebut yang membolehka­n orang ramai merasai sendiri pengalaman mengurus dan pemulihara­an orang utan.

 ??  ?? ANALISA muncul bersama anaknya yang dipercayai lahir pada Hari Malaysia baru-baru ini.
ANALISA muncul bersama anaknya yang dipercayai lahir pada Hari Malaysia baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia