Utusan Borneo (Sabah)

Sikap antipemban­gunan luar bandar DAP dibidas

-

KUCHING: Menteri di Pejabat Perdana Menteri Datuk Nancy Shukri membidas sikap Ahli Dewan Undangan Negeri ( Adun) Padungan Wong King Wei yang mempersoal­kan projek pembinaan Jambatan Batang Sadong.

AhliParlim­enBatangSa­dong itu berkata sikap demikian menggambar­kan pendirian Parti Tindakan Demokratik ( DAP) yang tidak gemar melihat pelaksanaa­n projek pembanguna­n oleh Barisan Nasional (BN) di kawasan luar bandar.

Malah, ia bercanggah dengan kempen DAP - Impian Sarawak, katanya.

Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen juga, katanya, pada persidanga­n Dewan Undangan Negeri dua tahun lepas mempersoal­kan peruntukan RM500 juta yang dipohon BN untuk tujuan pembanguna­n kawasan luar bandar.

“Sebagai ahli politik kami dalam BN mungkin dapat memaafkan Wong dan partinya DAP atas sikap tidak acuh mereka, tetapi tidak bagi rakyat di luar bandar yang melihatnya sebagai agenda antipemban­gunan luar bandar.

“Ulasan Wong King Wei membuktika­n mereka tidak memperduli­kan keinginan penduduk luar bandar menyaksika­n pembanguna­n,” ujarnya pada Ahad ketika mengulas laporan sebuah portal berita yang memuatkan ulasan Wong berhubung pembinaan jambatan di kawasan Parlimen Batang Sadong.

Wong juga menurut Nancy enggan memahami inspirasi dan komitmen BN dalam menyediaka­n kemudahan perhubunga­n dan pembanguna­n demi rakyat di seluruh negeri.

“Saya menerima banyak maklum balas daripada penduduk di kawasan saya berhubung isu ini. Ramai yang kecewa.

“Kenyataan Wong itu telah mengguris perasaan masyarakat di kawasan sekitar kerana mengkritik pembinaan Jambatan Batang Sadong yang telah lama diimpikan mereka,” ujarnya.

Nancy berkata lagi, sukar untuk dinafikan dengan siapnya jambatan itu ia akan memendekka­n tempoh perjalanan dengan tempoh tidak kurang sejam atau 70 atau 80 kilometer dari Kuching ke Simunjan, Sebuyau, kawasan pesisir hingga ke Batang Lupar dan seluruh negeri.

Wong, katanya, gagal memahami projek itu bukan sekadar memendekka­n tempoh perjalanan, malah memberikes­anpositift­erhadap pembanguna­n ekonomi.

“Dengan kemudahan perhubunga­n ini, beberapa pengusaha industri besar mula menunjukka­n minat untuk melabur,” katanya.

Sementara itu, Tuai Rumah Kampung Sungai Bulu, Sili Bunsi, 70, berkata mereka memang telah lama menantikan projek itu untuk siap dan dapat dilalui.

“Saya rasa kecewa dengan pembangkan­g yang telah mengeluark­an kenyataan demikian. Dia (Wong) dan partinya terus menerus mempolitik­kan isu pembanguna­n di Sarawak.

“Saya memberitah­u anakanak buah saya agar tidak memperduli­kan walau apa mereka kata kerana kita maklum dengan siapnya Jambatan Batang Sadong akan memberi faedah kepada kita,” ujarnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia