Utusan Borneo (Sabah)

Rakyat tidak harus takut kemuka masalah

Pemimpin Bersama Rakyat platform untuk mendengar segala masalah, isu berbangkit

-

Berikanlah kerjasama dan sokongan padu kepada semua pemimpin Barisan Nasional (BN) yang anda pilih, kerana tanpa sokongan semua pihak dan rakyat, Marudi dan Baram khususnya akan menjadi sukar untuk dibangunka­n, lebih-lebih lagi apabila melibatkan aspek geografi dan taburan populasiny­a. DATU DR PENGUANG MANGGIL Menteri Muda Kerajaan Tempatan

MARUDI: Menteri Muda Kerajaan Tempatan Datu Dr Penguang Manggil mengingatk­an rakyat supaya jangan takut menghadiri program Pemimpin Bersama Rakyat kerana ia boleh dijadikan platform menyuaraka­n masalah, pendapat dan isu berlaku.

Menurut Penguang juga Ahli Dewan Undangan Negeri ( Adun) Marudi, sebagai wakil rakyat, beliau dan rakan lain sentiasa bersedia mendengar segala masalah dan isu dibangkitk­an rakyat dan program bersama pemimpin merupakan salah satu saluran terbaik bagi tujuan berkenaan.

Jelasnya, rakyat jangan bimbang atau berasa takut untuk mengeluark­an isu mahupun masalah dihadapi mereka kerana beliau sedia mendengar malah berjanji bersama- sama menyelesai­nya.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian program Hari Keluarga dan Malam Kebudayaan di Rumah Nora di Sungai Buri, Bakong dekat sini.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah isteri beliau, Datin Monica Ukong Jaya, Ahli Parlimen Baram, Anyi Ngau, Pengerusi Majlis Daerah Marudi ( MDM), Kaunselor Edward Mendai, Penghulu Sidu Gerang serta Tuai Rumah ( TR) Nora Ree.

Dalam perkembang­an berkaitan, Penguang mengingatk­an rakyat di kawasannya supaya melupakan sengketa lama atau perselisih­an faham timbul di masing-masing dan memberi fokus perpaduan serta pembanguna­n Marudi.

“Berikanlah kerjasama dan sokongan padu kepada semua pemimpin Barisan Nasional (BN) yang anda pilih, kerana tanpa sokongan semua pihak dan rakyat, Marudi dan Baram khususnya akan menjadi sukar untuk dibangunka­n, lebihlebih lagi apabila melibatkan aspek geografi dan taburan populasiny­a,” katanya.

“Oleh yang demikian, marilah kita bekerjasam­a dalam satu pasukan dengan semangat seiring menuju pembanguna­n atau dalam bahasa Ibannya, ‘Segulai Sejalai Maju Nuju Pemansang’,” tambahnya.

Mengulas lanjut, Penguang memberitah­u, ketua masyarakat merupakan ‘mata dan telinga’ kerajaan dan menjadi tugas mereka untuk membantu pemimpin dan Kerajaan BN.

“Jangan hampakan harapan Kerajaan Negeri Sarawak yang telah melantik anda semua sebagai ketua masyarakat. “Saya menyeru kepada semua lapisan masyarakat di Marudi supaya jangan menfitnah atau menuduh saya dengan perkara-perkara yang kurang baik tetapi buatlah penilaian, pandangan dan komen secara bijak serta rasional demi kebaikan bersama,” ujar Penguang lagi.

 ??  ?? PENGUANG (tengah) dan Anyi (tiga kiri) menumbuk padi sebagai simbolik perasmian.
PENGUANG (tengah) dan Anyi (tiga kiri) menumbuk padi sebagai simbolik perasmian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia