Utusan Borneo (Sabah)

Taman rekreasi terbesar Bintulu bakal dibangun

-

BINTULU: Tapak Lapangan Terbang Lama Bintulu bakal diubah menjadi taman rekreasi terbesar di bahagian ini menerusi pendekatan pembanguna­n taman perbandara­n di bawah Pelan Pembanguna­n Landskap Perbandara­n Bintulu oleh Jabatan Landskap Negara ( JLN) dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA).

Timbalan Ketua Pengarah JLN ( Pembanguna­n) Rotina Mohd Daik berkata, pendekatan landskap perbandara­n adalah projek pembanguna­n integrasi yang menghubung­kan pusat bandar dengan tempat rekreasi dan kawasan hijau.

Katanya, pendekatan itu bermaksud membangun kawasan hijau dalam bandar termasuk meningkat fungsinya serta penggunaan luaran yang dapat memenuhi keperluan orang awam.

Beliau menjelaska­n pembanguna­n taman rekreasi bersepadu akan dilakukan dalam tiga fasa dengan berkonsepk­an riadah di wilayah kecil.

“Fasa pertama meliputi pembinaan Taman Festival di Tapak Lapangan Terbang Lama diikuti dengan pengindaha­n Taman Menara Jam di Jalan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan menaik-taraf landskap sedia ada di Jalan Abang Galau.

“Pembinaan taman festival itu merangkumi ruang parkir untuk menempatka­n trak makanan, kawasan permainan kanak-kanak, ‘aerodroma plaza’, ruang senaman dan ‘water plaza’ yang pembinaann­ya dijangka bermula pada akhir tahun ini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada Program Penglibata­n Awam Jabatan Landskap Negara dan BDA untuk Projek Taman Perbandara­n di Auditorium BDA Wisma Bintulu baru-baru ini.

Katanya, fasa kedua dan ketiga pula meliputi pembinaan beberapa jenis laluan di hadapan dan belakang taman rekreasi itu. Ia turut meliputi ruang untuk penganjura­n festival layang- layang.

Justeru katanya, penyertaan awam dalam pelan cadangan pembanguna­n itu amat penting bagi membolehka­n jabatan mendapat maklum balas daripada orang awam, agensi kerajaan, sektor swasta khususnya pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengenai cadangan pembanguna­n berkaitan.

Katanya, Bintulu (Sarawak) termasuk Tawau ( Sabah), Pekan ( Pahang), Batu Pahat (Johor) dan Alor Setar (Kedah) merupakan antara yang terpilih untuk dibangunka­n landskapny­a oleh Kementeria­n Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan melalui JLN di negara ini.

Dalam pada itu, Penolong Pengurus Besar (Perkhidmat­an Alam Sekitar) BDA, Wan Ibrahim Wan Ali berkata, pembinaan taman itu akan mewujudkan satu tarikan kepada komuniti di bahagian ini.

Katanya, dengan pertumbuha­n begitu pesat, Bintulu memerlukan perhatian yang lebih terutama kepada yang terjejas akibat pembanguna­n.

“Kita perlu mendengar keperluan dan harapan orang ramai terhadap apa yang ingin dibangunka­n dengan melibatkan mereka dalam perkara berkaitan.

“Program ini akan memberikan mereka platform untuk membangkit­kan mengenai pelbagai perkara atau berkongsi idea dengan pihak berkuasa,” tambahnya.

Beliau berkata, JLN mempunyai pelan induk untuk pembanguna­n landskap di tapak lapangan terbang lama Bintulu dan projek ini akan dibangunka­n dalam beberapa peringkat berdasarka­n kepada pembiayaan kerajaan.

Selain itu beliau turut menyuaraka­n kebimbanga­nnya mengenai gejala laku musnah dan beberapa isu antaranya masalah pembuangan sampah meratarata terutamany­a di taman awam dan kawasan rekreasi.

 ??  ?? PANDANGAN dari udara bandar lama Bintulu dan tapak lapangan terbang lama Bintulu yang bakal dibangunka­n untuk taman rekreasi terbesar di bahagian itu.
PANDANGAN dari udara bandar lama Bintulu dan tapak lapangan terbang lama Bintulu yang bakal dibangunka­n untuk taman rekreasi terbesar di bahagian itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia