Utusan Borneo (Sabah)

Pembinaan penjara baharu Sibu dijangka 2018

Tapak seluas lebih 60 ekar di Batu 15, Jalan Sibu-Bintulu diluluskan JTS dua hari lalu

-

SIBU: Pembinaan sebuah penjara baharu di sini dijangka dimulakan pada 2018 di tanah seluas lebih 60 ekar.

Timbalan Menteri Dalam Negeri II, Masir Kujat berkata tapak itu baharu sahaja diluluskan oleh Jabatan Tanah dan Survei ( JTS) dua hari lalu.

“Tapak penjara baharu Sibu terletak di Batu 15 di sini ataupun di Kilometer 26, Jalan Sibu-Bintulu.

“Ia adalah tempat sesuai untuk membina sebuah penjara baharu dan terletak di tanah tinggi dan berbukit-bukau,” katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan kerja ke Penjara Pusat Sibu, Jalan Awang Ramli Amit di sini semalam.

Terdahulu, Masir serta rombongan turut meninjau tapak baharu penjara Sibu sebelum meneruskan lawatan ke Penjara Pusat Sibu.

Masir turut diberi taklimat mengenai sejarah penubuhan Penjara Pusat Sibu serta kemudahann­ya termasuk kuarters kakitangan disampaika­n oleh Pengarah Penjara Pusat Sibu, Penolong Komisioner Bismillah Abang Masra.

Turut mengiringi lawatannya ke sini ialah Ketua Pengarah Jabatan Penjara Malaysia Komisioner Jeneral Datuk Seri Zulkifli Omar, Pengarah Bahagian Pembanguna­n dan Perolehan Ibu Pejabat Penjara Malaysia Razali Bakar, Pengarah Penjara Negeri Sarawak, Timbalan Komisioner Ajidin Salleh.

Hadir sama Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri ( Penyelidik­an Sains dan Bioteknolo­gi) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Nangka, Dr Annuar Rapa’ee.

Menurutnya, Sibu mempunyai keperluan sebuah penjara baharu memandangk­an penjara lama tidak dapat menampung penghuni malah struktur bangunan lama dan tidak dapat dinaik taraf atau dibangunka­n kerana kedudukan tanah terhad.

Ahli Parlimen Sri Aman itu berkata, beliau mengadakan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk mempertimb­ang pembinaan Penjara Pusat Sibu baharu.

“Saya akan bertemu dengan Zahid selepas beliau balik dari Amerika Syarikat hujung bulan ini bagi merealisas­ikan pembinaan sebuah Kompleks Penjara Pusat Sibu baharu di sini,” katanya.

Jelasnya, pembinaan projek itu akan dimasukkan dalam Rolling Plan ( RP) Kedua bermula pada 2018.

“Untuk RP Pertama tidak sempat kerana agak lewat untuk kita menyenarai­kan projek ini kerana berakhir pada 2017.

“Bagi RP Kedua bermula pada 2018, kita mungkin lebih bersedia dan mempunyai masa untuk proses pembinaan,” jelasnya.

Ditanya mengenai kos pembinaann­ya, Masir memberitah­u belum dapat dipastikan dan kemungkina­n menelan kos RM100 ke RM200 juta lebih serta tempoh pembinaan mengambil masa dua tahun atau lebih.

Masir memberitah­u, penjara baharu itu bertaraf kompleks dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan termasuk kuarters kakitangan Jabatan Penjara.

“Penjara baharu itu dijangka mampu menampung kirakira 1,000 orang banduan berbanding yang lama hanya mampu menampung kira-kira 400 orang banduan sahaja.

“Selain itu, kawasan sekitarnya dibina kuarters kakitangan penjara memandangk­an sekarang terdapat masalah kekurangan kuarters dan kawasan baharu itu bebas banjir,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau memberitah­u tapak Penjara Pusat Sibu akan diserahkan kepada kerajaan negeri sekiranya sudah berpindah ke tempat baharu nanti.

“Ia terpulang kepada kerajaan negeri untuk menentukan­nya sama ada mahu membina bangunan baharu ataupun menempatka­n pejabat agensi kerajaan di situ,” katanya.

Sementara itu, dalam taklimatny­a Bismillah memberitah­u Penjara Pusat Sibu mula didirikan pada 1918 dan kini mempunyai seramai 167 kakitangan.

Katanya, penghuni di penjara itu mempunyai kira-kira 400 orang dan sudah tidak mampu menampung banduan ramai.

Menurutnya, pada setiap fenomena air pasang besar, Penjara Pusat Sibu sering dilanda banjir.

“Selain itu, ia juga turut mengalami kebocoran paip air bawah tanah yang sukar dikesan memandangk­an struktur pembinaann­ya termasuk pendawaian­nya masih dalam keadaan lama.

“Hendak dinaik taraf atau dibangunka­n semula agak sukar dan terhad. Ia sudah tidak relevan dan kita memerlukan sebuah penjara baharu dilengkapi dengan kemudahan asas dan insfrastru­ktur termasuk kuarters kakitangan dengan serba baharu, terkini dan moden,” katanya.

Beliau berkata, Penjara Pusat Sibu pernah menempatka­n penghuniny­a ke Penjara Sri Aman kerana dilanda banjir besar pada 2007 dan 2009.

 ??  ?? KAKITANGAN Penjara Pusat Sibu memberi tanda hormat kepada Masir (dua kiri) sebaik tiba untuk lawatan kerja ke Sibu.
KAKITANGAN Penjara Pusat Sibu memberi tanda hormat kepada Masir (dua kiri) sebaik tiba untuk lawatan kerja ke Sibu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia