Utusan Borneo (Sabah)

Anak Sarawak diutama sertai 31 Briged Sempadan

-

KUCHING: Hampir 40 peratus anggota 31 Briged Sempadan yang direkrut sehingga kini memberi keutamaan kepada anggota berasal dari Sarawak bagi tujuan memperkasa kawalan keselamata­n sempadan negeri.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammudd­in Tun Hussein berkata, 31 Briged Sempadan di bawah Pemerintah­an 1 Divisyen itu ditubuh awal tahun ini sebagai salah satu Teras Kementeria­n iaitu Teras Keselamata­n di Sarawak.

“Dalam tempoh lapan bulan penubuhan Briged, kita berjaya merekrut hampir 40 peratus daripada keseluruha­n anggota diperlukan bagi melengkapk­an lima batalion di bawah naugan Briged INI.

“Anggota dari Sarawak ini mempunyai pengetahua­n setempat dan kita percaya ia memberi kelebihan kepada pasukan baharu ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Ramah Mesra Bersama Warga Bintara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Dewan Sri Angkasa Pangkalan Udara, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di sini, pada Jumaat.

Tambah Hishammudd­in, terbaharu sebanyak 499 anak tempatan Sarawak dipilih menganggot­ai briged ini dan kini sedang menjalani latihan asas di Kem PLKN Junaco Park di Sibu, dalam memperkasa lagi kemahiran berhadapan cabaan sebenar.

Kata beliau, latihan bermula Jun lalu dijangka tamat Disember ini dan usaha giat dijalankan bagi menambah bilangan anggota benar-benar layak bagi mengisi kekosongan sebanyak 1,000 lagi perjawatan Briged berkenaan.

Jelasnya, 31 Briged Sempadan ditubuhkan bagi meningkatk­an keupayaan tempur serta mengimbang­i bebanan tugas pasukan infrantri yang sedia ada di Sabah dan Sarawak.

“Bagi memperkuku­hkan lagi pelaksanaa­n 31 Briged Sempadan ini, kementeria­n melalui Tentera Darat akan membina kem di Bintulu bagi menempatka­n Markas 31 Briged Sempadan dan 1 Batalion Rejimen Sempadan.

“Pemilihan lokasi di Bintulu ini bagi membolehka­n Briged ini melaksanak­an ‘secondary’ task iaitu memantau sasaran penting seperti empangan di Bakun, Murum dan Baleh, yang semuanya terletak di Kapit,” katanya.

Sementara itu berhubung dibawah Teras Kebajikan kementeria­n khasnya aspek perumahan, Hishammudi­n berkata, sebanyak 154 unit Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) di Kem Pakit, Sri Aman dibina serta menyelengg­ara dan menaiktara­f 66 unit RKAT di kem terbabit.

Ia katanya bagi memberi keselesaan kepada anggota dan ahli keluarga mereka dengan jumlah keseluruha­n projek RM88.9 juta.

“Selain itu Kementeria­n Pertahanan sedang membina 139 unit RKAT di Kem Sri Miri membabitka­n kos pembinaan sebanyak RM55 juta dan projek dijangka siap sepenuhnya bulan depan.

“Sementara sebanyak 114 unit RKAT lagi akan dibina di kem yang sama pada fasa kedua dengan kos RM39 juta. Sehingga kini proses pembinaan berjalan seperti dijadualka­n,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia