Utusan Borneo (Sabah)

SSMS juara berganda

Kejohanan Hoki Liga JuaraJuara Sekolah Sabah 2016

- Oleh VITALIS G. BINGKASAN

KOTA KINABALU: Sekolah Sukan Malaysia Sabah (SSMS) membuktika­n mereka adalah yang terbaik apabila muncul juara berganda Kejohanan Hoki Liga Juara-Juara Sekolah Sabah 2016 bawah 18 tahun di Kompleks Sukan Kota Kinabalu yang berakhir kelmarin.

Pasukanper­empuanbawa­h 14 tahun SSMS memberikan gelaran juara pertama dengan menundukka­n SMK Tun Fuad Stephen 3- 1 pada perlawanan akhir.

Feliana John meletakkan SSMS 1-0 di hadapan pada separuh masa pertama dengan jaringan seawal minit keempat.

Selepas rehat, SMK Tun Fuad Stephen menyamakan kedudukan menerusi Mercyassis­i Tonny pada minit ke-50 tetapi segera dipadamkan dengan tambahan dua gol dalam tempoh dua minit oleh SSMS menerusi Nurekhmah Najwa Sopian pada minit ke56 dan Aina Ruzana Mohd Azlan pada minit ke-57.

Pasukan lelaki bawah 14 tahun kemudianny­a menggandak­an gelaran juara untuk SSMS dengan menundukka­n SMK Likas 4-1 pada perlawanan akhir berikutnya.

Gol-gol SSMS dijaringka­n Muhd Haziq Asyraaf Berahim ( m12), Muhammad Izaz Afdhaal (m43), Muhamad Salman Sudirman (m51) dan Jallister West Anak Ranggie (m65) manakala gol saguhati SMK Likas dijaringka­n Faridzuan Amin (m48).

Penentuan tempat ketiga dan keempat perempuan pula berpihak kepada SMK Telupid dengan kemenangan 3- 1 ke atas SMK Abaka menerusi penentuan pukulan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat dengan keputusan seri 1- 1 pada sepenuh masa permainan.

Penentuan tempat ketiga dan keempat lelaki pula berpihak kepada pasukan SMK Agaseh dengan kemenangan 3- 1 ke atas SMK Tamparuli.

Kejohanan selama tiga hari itu disertai sembilan pasukan lelaki dan lapan pasukan perempuan.

Antara yang menyaksika­n perlawanan akhir dan menyampaik­an hadiah adalah Pengurus Besar Lembaga Sukan Negeri Sabah, Penyuki Matta.

 ??  ?? JUARA berganda pasukan lelaki dan perempuan SSMS bergambar bersama Penyuki dan Jawatankua­sa Penganjur selepas majlis penyampaia­n hadiah.
JUARA berganda pasukan lelaki dan perempuan SSMS bergambar bersama Penyuki dan Jawatankua­sa Penganjur selepas majlis penyampaia­n hadiah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia