Utusan Borneo (Sabah)

Tiga pemain Malaysia mara ke suku akhir

-

KUALA LUMPUR: Tiga pemain Malaysia mara ke suku akhir kejohanan badminton Cabaran Antarabang­sa Poland selepas melepasi dua halangan pada pusingan awal kejohanan yang berlangsun­g di Dewan Sukan Bosir, Poland, lewat Jumaat (awal Sabtu waktu Malaysia).

Lee Zii Jia menepikan Ben Torrance dari Scotland dengan kemenangan 21-18 dan 21-15 pada perlawanan pembukaan, sebelum menewaskan Morgan Lidman dari Sweden 21-15 dan 21- 19 pada pusingan kedua perseorang­an lelaki, demikian menurut laman web kejohanan itu, www. polishinte­rnational.pl.

Leong Jun Hao turut melangkah ke suku akhir dengan mengalahka­n pemain England, Michael SpencerSmi­th, 21- 15 dan 21- 19 pada perlawanan pembukaan sebelum menewaskan pemain pilihan keenam, Steffen Rasmussen dari Denmark dengan 21-15 dan 21-14 pada pusingan kedua perlawanan di acara yang sama.

Seorang lagi pemain Malaysia, Soniia Cheah, yang baru memenangi gelaran juara antarabang­sa pertamanya pada Cabaran Antarabang­sa Belgium minggu lepas, turut berjaya ke peringkat suku akhir selepas menepikan dua lawannya dalam acara perseorang­an wanita.

Beliau juga tidak perlu berhempas- pulas pada pusingan pembukaan selepas lawannya, pemain pilihan keenam dari Croatia, Dorotea Sutara, mengambil keputusan untuk menarik diri kerana kecederaan semasa ketinggala­n 7-18 pada set pembukaan itu.

Cheah kemudian menewaskan Rachael Darragh dari Ireland, dengan kemenangan straight-set 2111 dan 21-11 pada perlawanan pusingan kedua.

Malaysia tidak menghantar wakil pada tiga acara lain - beregu wanita dan lelaki serta beregu campuran - pada edisi tahun ini. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia