Utusan Borneo (Sabah)

UMS lakar sejarah anjur Kejohanan Sukan IPT Sabah

- Oleh VITALIS G BINGKASAN

KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah ( UMS) melakar satu lagi sejarah sebagai antara peneraju utama pembanguna­n sukan negeri ini dengan menganjurk­an Kejohanan Sukan Institusi Pengajian Tinggi ( IPT) Sabah buat julung kalinya selama dua hari bermula kelmarin.

Kejohanan bagi merebut piala Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Dr Mary Yap Kain Ching itu disertai 1226 peserta dan pegawai dari 27 pasukan yang terdiri daripada IPT awam dan swasta, Kolej Universiti, Politeknik, Kolej Komuniti, Institut Latihan dan Kemahiran serta , Institut Pendidikan Guru (IPG).

Antara IPT yang menyertai kejohanan itu ialah UMS, Politeknik Kota Kinabalu, Institusi Perguruan Tawau, Kolej Vokasional Tawau, Institut Latihan Perindustr­ian Kota Kinabalu, Asian Tourism Internatio­nal College, Universiti Tekonologi Mara Kota Kinabalu dan Asia Metro College Kota Kinabalu.

Antara sukan yang dipertandi­ngkan adalah bola sepak sembilan sebelah, futsal wanita, bola keranjang lelaki dan wanita, bola jaring dan bola tampar lelaki dan wanita, sepak takraw dan bola jaring.

Mary ketika merasmikan kejohanan itu berkata, pengajuran kejohanan itu buat julung kalinya merupakan satu kejayaan memberi peluang dan ruang kepada warga IPT negeri ini mengetenga­hkan bakat sambil berinterak­si.

Katanya, kejohanan itu sewajarnya dijadikan acara tahunan kerana pembanguna­n sukan melibatkan proses yang berterusan.

Beliau berkata, kementeria­nnya akan sentiasa memberi sokongan dan galakan dengan usaha penganjura­n sukan seperti itu.

Sambil itu, Naib Canselor UMS Prof Datuk Dr Mohd Harun Abdullah dalam ucapan sebelumnya berkata, penganjura­n edisi pertama kejohanan itu direalisas­ikan atas kepercayaa­n dan dana Kementeria­n Pendidikan Tinggi (KPT).

“Penganjura­n ini akan diteruskan pada masa akan datang bagi memberi peluang khususnya kepada pelajar IPT di Sabah untuk bersama-sama merasai suasana kejohanan besar seperti sukan Majlis Sukan Universiti Malaysia dan Sukan Institusi Pengajian Tinggi Malaysia.

“Walaupun kejohanan ini melibatkan penyertaan IPT di Sabah sahaja, namun ia juga merupakan platform untuk pemilihan atlet dalam menonjolka­n bakat pelajar agar dapat diketengah­kan di peringkat lebih tinggi,” tambahnya.

Turut besama pada majlis itu adalah Setiausaha Bahagian Sukan KPT, Hazally Jali dan Timbalan Naib Canselor (HEP dan Alumni) UMS, Prof. Madya Dr. Ismail Ali. -

 ??  ?? MARY (kiri di depan) dan Harun (tiga dari kiri di depan) bersama tetamu kehormat lain menyentuh bebola elektrik bagi merasmikan Kejohanan Sukan IPT Sabah di UMS kelmarin.
MARY (kiri di depan) dan Harun (tiga dari kiri di depan) bersama tetamu kehormat lain menyentuh bebola elektrik bagi merasmikan Kejohanan Sukan IPT Sabah di UMS kelmarin.
 ??  ?? MARY (dua dari kanan di depan) menyampaik­an cenderkena­ngan kepada salah satu pasukan yang mengambil bahagian pada Kejohanan Sukan IPT Sabah di UMS.
MARY (dua dari kanan di depan) menyampaik­an cenderkena­ngan kepada salah satu pasukan yang mengambil bahagian pada Kejohanan Sukan IPT Sabah di UMS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia