Utusan Borneo (Sabah)

West Ham tingkat keselamata­n Stadium London

-

LONDON: Usaha West Ham untuk menyelesai­kan masalah kawalan penonton yang merosakkan pemindahan kelab ke Stadium London akan diteliti dengan dekat apabila Southampto­n melakukan lawatan pada malam ini (Ahad).

Pemindahan pasukan The Hammers dari Upton Park ke bekas Stadium Olimpik di Stratford telah diganggu oleh isu-isu dengan keselamata­n penonton dan beberapa pergaduhan yang ganas meletus sewaktu kekalahan kepada Watford baru-baru ini.

Penyokong West Ham dapat bertumbuk dengan penyokong Watford kerana tidak ada pemisahan di antara puak-puak yang bermusuhan.

Memburukka­n lagi keadaan, beberapa penyokong The Hammers sendiri bertumbuk dengan satu sama lain kerana tidak sependapat mengenai dasar majlis tempatan yang mahu penyokong terus duduk sepanjang masa – satu peraturan yang telah dilanggar di banyak kawasan dalam stadium.

West Ham diberi perlawanan yang kononnya berisiko rendah dalam usaha untuk membantu kelab timur London itu menyesuaik­an diri di stadium baharu mer- eka, tetapi undian pusingan keempat Piala Liga pada Rabu memberikan mereka lawatan yang berpotensi panas oleh musuh ketat Chelsea pada bulan depan.

Terdesak untuk mengelak sebarang keaiban selanjutny­a dalam apa yang sepatutnya era kejayaan baharu di dalam dan di luar padang, pemilik bersama West Ham, David Gold dan David Sullivan, pada minggu ini berkata mereka menjangkak­an isu-isu itu “akan diselesaik­an dalam tempoh beberapa minggu akan datang”.

Kelab sudah memindahka­n semula 200 penyokong yang tidak berpuas hati, melakukan cubaan untuk memperting­katkan pemisahan dengan menutup lebih banyak lagi tempat duduk dan berjanji untuk memperbaik­i pengelolaa­n.

Namun apa yang signifikan ialah kehadiran polis tetap tidak akan ada di dalam stadium kerana ketiadaan sistem radio yang sesuai untuk membantu anggota polis berkomunik­asi dengan pegawai atasan mereka.

Tiada masalah timbul pada Rabu lepas apabila kelab divisyen keempat Accrington membawa hanya 600 sahaja penyokong untuk menonton West Ham merampas kemenangan tipis 1-0 hasil tendangan percuma terbaharu yang cantik oleh Dimitri Payet.

Namun jumlah pengikut yang jauh lebih ramai dijadual bertandang dari pantai selatan untuk menyokong Southampto­n pada hujung minggu ini, sekali gus menarik tumpuan semula kepada kawalan keselamata­n sebelum perlawanan menentang Chelsea.

Masalah penonton membayangi permulaan buruk di dalam padang selepas pasukan Slaven Bilic bergelut untuk mencapai semula prestasi yang membolehka­n mereka untuk menamatkan musim di tempat ketujuh pada musim lepas.

Selepas lima perlawanan, The Hammers menduduki tempat ke-18, selepas mereka tewas dalam dua perlawanan liga mereka sebelum ini 4-2 kepada Watford dan West Bromwich Albion.

Bilic masih mencari formula kemenangan selepas dia membuat 11 pembelian pemain pada musim percutian dan berita buruk lain diterima pada minggu ini apabila salah seorang rekrut baharu, pemain pertahanan Perancis, Arthur Masuaku, disahkan tidak dapat bermain selama enam minggu akibat kecederaan lutut.

Walaupun mempunyai senarai kecederaan yang panjang, Bilic bertegas menyatakan West Ham dijangka dapat berkembang dan dia menggesa penyokong untuk melupakan rungutan mereka mengenai stadium dan memberikan sokongan kepada pasukan.

“Saya tidak mencari alasan. Kami mempunyai pasukan yang bagus dan saya menjangka kami untuk melakukann­ya Ahad ini,” katanya.

“Saya mahu penyokong di belakang kami, dan mereka akan menyokong kami. Kami memerlukan sokongan mereka lebih daripada selama ini dan mereka akan memainkan peranan besar dalam perlawanan ini.

“Kami memerlukan mereka sepanjang masa tetapi terutamany­a sekarang untuk membantu kami keluar dari situasi ini. Saya tidak ragu bahawa mereka akan sangat positif.”

Bagaimanap­un Southampto­n tiba dengan yakin selepas memenangi tiga perlawanan terakhir mereka dalam semua pertanding­an untuk memberi dorongan kepada pengurus baharu Claude Puel selepas empat perlawanan berturut- turut tanpa kemenangan. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia