Utusan Borneo (Sabah)

Hari Sukan Negara

Hampir 7 juta penyertaan diterima setakat ini

-

MACHANG: Hampir 7 juta penyertaan direkodkan bagi menyertai pelbagai aktiviti sempena Hari Sukan Negara yang akan berlangsun­g serentak di seluruh negara pada 8 Okt ini, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Khairy berkata jumlah itu telah melebihi sasaran enam juta penyertaan yang ditetapkan kementeria­n pada tahun ini.

“Kalau tahun lepas, kita hanya sasarkan 10 peratus penyertaan penduduk, tahun ini kita menyasarka­n 20 peratus daripada 32 juta rakyat Malaysia.

“Setakat ini 6.9 juta telah mendaftar sebagai peserta dan jumlah tersebut melebihi sasaran enam juta yang kita tetapkan dan ia melibatkan 22,000 acara yang akan berlangsun­g seluruh negara,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Fit Malaysia di Sekolah Menengah Sains Machang di sini, kelmarin.

Lebih 10,000 orang menyertai program berkenaan yang turut dihadiri anggota Parlimen Machang yang juga Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Ahmad Jazlan Yaakub serta Pengarah Jabatan Pembanguna­n Persekutua­n (JPP) Kelantan Datuk Makhtar Mustapha.

Pada program itu, Khairy turut meluangkan masa mengayuh basikal sejauh 30 kilometer bersama peserta yang terlibat.

Khairy berkata kementeria­n turut memperuntu­kkan sejumlah RM500 kepada setiap Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) di seluruh negara dalam menyemarak­kan lagi Hari Sukan Negara.

Beliau berkata JKKK akan menganjurk­an sukan berskala kecil di peringkat kampung, selain acara berkenaan yang turut dijalankan di peringkat negeri, kawasan Parlimen dan daerah di seluruh negara.

Beliau turut mengucapka­n terima kasih kepada Kementeria­n Pendidikan yangmengel­uarkanpeke­liling agar setiap sekolah di negara ini turut menganjurk­an sukan di peringkat sekolah masing- masing pada hari berkenaan. - Bernama

 ??  ?? KHAIRY Jamaluddin (dua, kiri) mencuba permainan tali pada program Fit Malaysia di Sekolah Menengah Sains Machang kelmarin. - Gambar BERNAMA
KHAIRY Jamaluddin (dua, kiri) mencuba permainan tali pada program Fit Malaysia di Sekolah Menengah Sains Machang kelmarin. - Gambar BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia