Utusan Borneo (Sabah)

Tempat Rooney tidak terjamin

-

LONDON: Tempat kapten Manchester United Wayne Rooney ( gambar) dalam barisan kesebelasa­n utama bukan satu kepastian yang mutlak, kata pengurus kelab Jose Mourinho kelmarin.

Kapten England berusia 31 tahun itu – yang pada Khamis lepas menyatakan dia tidak memberi sebarang perhatian kepada kritikan luar mengenai prestasiny­a – gagal untuk menyerlah dan tidak menonjol langsung dalam dua kekalahan yang dialami United dalam Liga Perdana Inggeris pada minggu lepas.

Mourinho, yang turut menerima kritikan selepas United mengalami tiga kekalahan berturut-turut pada minggu lepas – perkembang­annya yang terburuk sejak 2002 – enggan menjamin tempat permulaan untuk Rooney, tidak seperti pengurus sebelumnya Louis van Gaal.

“Wayne adalah kapten kelab, pengurus dan pemain – dia dipercayai pemain, dia diamanahka­n oleh saya sendiri dan dia mewakili kelab dengan cara yang hebat sebagai seorang pemain dan manusia,” kata Mourinho.

“Bola sepak adalah satu cerita yang berlainan.

“Dalam bola sepak, semua orang adalah sama dan jika dia perlu diletakkan di bangku pemain simpanan, dia akan diletakkan di atas bangku pemain simpanan.

“Jika dia perlu duduk di rumah, dia duduk di rumah, tetapi itu bukan bermakna kita tidak mempercaya­inya atau kita ada masalah (dengannya). Tidak sama sekali.

“Kita tidak ada masalah. Dia adalah kapten tetapi sudah tentulah tiada keistimewa­an, dia adalah seperti mana-mana orang lain.”

Bagaimanap­un Mourinho percaya prestasi Rooney atau yang pasti semangatny­a menurun sejak dia dikritik hebat kerana prestasiny­a dalam perl- awa- nan kelayakan Piala Dunia 2018 menentang Slovakia pada awal bulan ini di mana England menang 1-0 dengan satu jaringan lewat. “Sejujurnya saya rasa ada Wayne sebelum perlawanan Slovakia- England dan ada Wayne selepas perlawanan Slovakia-England,” kata Mourinho. “Dan saya tidak menyalahka­n Sam (Allardyce, pengurus England), tidak sama sekali. “Saya menyalahka­n orang yang selepas perlawanan England- Slovakia, pada pendapat saya, terlalu tegas dengan seseorang yang merupakan seorang pemain yang sangat penting dalam sejarah bola sepak Inggeris, kapten England, memegang rekod jaringan, dan hampir memegang rekod bagi jumlah perlawanan. “Saya rasa ia keterlalua­n tetapi saya masih rasa, sebagai seorang budak yang besar sepertinya, dia perlu menghadapi­nya dengan cara yang tabah.” Mourinho, yang mengawal keadaan sedikit dengan kemenangan ke atas kelab divisyen ketiga Northampto­n Town pada Rabu lepas dalam Piala Liga, berkata Rooney pernah berhadapan dengan pengkritik­nya sebelum ini. “Itulah apa yang dia cuba setiap kali. Apabila dia berada di atas padang, dia memberi 100 peratus. Sentiasa, selalu,” kata Mourinho. – AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia