Utusan Borneo (Sabah)

Qatar pecat jurulatih

-

DOHA: Negara tuan rumah kejohanan akhir bola sepak Piala Dunia 2022 yang bercitacit­a tinggi Qatar memecat jurulatih Jose Daniel Carreno

( gambar atas) hanya dua minggu sahaja sebelum perlawanan kelayakan 2018 yang amat penting di Korea Selatan dan selepas dua kekalahan berturut-turut.

Dia dipecat ekoran dua kekalahan berturut- turut baru-baru ini kepada Iran dan Uzbekistan yang menjejaska­n harapan Qatar untuk layak ke Piala Dunia di Rusia dalam masa dua tahun lagi.

Carreno dijangka akan diganti oleh seorang lagi warga Uruguay, Jorge Fossati, sekarang jurulatih juara Liga Bintang Qatar ( QSL) AlRayyan.

Fossati kelmarin berkata dia mengadakan pertemuan dengan presiden Persatuan Bola Sepak Qatar Sheikh Hamad bin Khalifa bin Ahmed Al Thani semalam.

“Belum ada pihak yang telah menawarkan apa-apa kepada saya secara rasmi tetapi Qatar adalah sebuah negara yang istimewa bagi saya dan saya akan membantu jika boleh,” kata Fossati.

Seorang jurucakap QFA memberitah­u AFP kelmarin “jurulatih baharu adalah seseorang dari Doha”.

Satu kemungkina­n ialah Fossati akan menggalas tugas pada awalnya secara sementara.

Selain Korea Selatan, Qatar juga menentang Syria pada bulan depan dan China pada November.

Mereka memerlukan hampir mata maksimum dari tiga perlawanan ini bagi mengekalka­n peluang untuk layak ke Rusia.

Fossati, 63, pernah melatih pasukan kebangsaan di antara 2007 hingga 2008.

Dia mempunyai karier yang lama dan pelbagai sebagai pemain dan pengurus selain melatih pasukan kebangsaan Uruguay selama dua tahun dari 2004.

Qatar, yang dihentam oleh pengkritik selepas diberikan peluang untuk menganjurk­an Piala Dunia 2022 kerana tidak mempunyai tauliah dalam sukan bola sepak, terdesak untuk mara ke kejohanan akhir pertamanya pada 2018.

Jika ia gagal berbuat demikian, Qatar akan menjadi pasukan pertama untuk menganjurk­an kejohanan akhir Piala Dunia tanpa pernah layak sejak Itali, yang menganjurk­an kejohanan kedua Piala Dunia pada 1934.

Ditanya sama ada Carreno menanggung akibat bagi kekalahan kepada Iran dan Uzbekistan, jurucakap itu menjawab: “Itu adalah pasti.”

Nasib Carreno ditentukan selepas mesyuarat pada Khamis lepas.

Walaupun kemajuan yang tenang pada pusingan kedua kelayakan AFC, di mana Qatar menduduki tempat teratas dalam kumpulan mereka dan memenangi tujuh daripada lapan perlawanan mereka, pengurus berusia 53 tahun itu menanggung akibatnya bagi permulaan buruk negara Teluk itu pada Pusingan 3.

Pada awal bulan ini Qatar tewas dalam perlawanan pertama mereka dalam keadaan yang kontrovers­i di Iran, di mana mereka dibolosi dua gol dalam masa kecederaan.

Ia disusuli lima hari kemudian dengan kekalahan 1-0 yang tidak dijangkaka­n kepada Uzbekistan di negara sendiri.

Keputusan itu bermakna Qatar menduduki tempat tercorot dalam Kumpulan A yang mempunyai enam pasukan, dan perlu menamatkan cabaran di dua tempat teratas untuk memastikan diri layak ke Rusia. - AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia