Utusan Borneo (Sabah)

Dortmund teruskan rentak kemenangan

-

BERLIN: Pierre-Emerick Aubameyang menjaringk­an gol buat kali kelima dalam lima perlawanan Bundesliga pada musim ini apabila Borussia Dortmund menewaskan Freiburg 3-1 kelmarin untuk mengutip jumlah mata yang sama dengan pendahulu liga Bayern Munich.

Aubameyang menolak bola masuk ekoran usaha yang cantik oleh pemain lincah Ousmane Dembele untuk meletakkan pasukan Thomas Tuchel di hadapan sejurus sebelum waktu rehat di Signal Iduna Park.

Pemain pertahanan kanan antarabang­sa Poland Lukasz Piszczek menggandak­an kelebihan Dortmund pada awal babak kedua setelah Caglar Soyuncu menolak bola hantaran ke belakang oleh Gonzalo Castro ke laluannya.

Maximilian Philipp mengurangk­an jurang dengan satu jaringan untuk pasukan pelawat dengan penyudah yang bagus pada minit ke-60 tetapi Raphael Guerreiro, pemain yang menggantik­an Mario Goetze pada babak kedua, memastikan mata penuh dalam masa tambahan pada hujung gerakan yang cantik.

Dortmund, yang menang 5- 1 di Wolfsburg pada pertengaha­n minggu, memenangi empat perlawanan terakhir mereka dalam semua pertanding­an dan menjaringk­an 20 gol dalam proses tersebut sejak kekalahan 1-0 kepada RB Leipzig dua minggu lalu.

Mereka ketinggala­n di belakang Bayern kerana kekurangan gol sebelum pasukan Carlo Ancelotti semalam melawat Hamburg, yang belum lagi menang, dengan matlamat meneruskan permulaan musim yang sempurna.

Cologne juga dapat memintas Dortmund lagi jika mereka dapat memberikan kekalahan pertama kepada kelab baharu dalam liga utama Leipzig pada malam ini (Ahad). – AFP

 ??  ?? PENYERANG Borussia Dortmund Aubameyang, menjaringk­an gol untuk pasukannya ketika berdepan Freiburg. - Reuters
PENYERANG Borussia Dortmund Aubameyang, menjaringk­an gol untuk pasukannya ketika berdepan Freiburg. - Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia