Utusan Borneo (Sabah)

Wanita Silam ikrar taat setia pada kepimpinan parti

- Oleh NORWAHIDA YAMALUDDIN

LAHAD DATU: Pergerakan Wanita Umno Bahagian Silam menyatakan ikrar taat setia yang tidak berbelah bahagi pada pimpinan presiden parti, Datuk Seri Mohd Najib Razak dan pucuk pimpinan negeri serta Parlimen Silam.

Ketuanya Mizma Appehdulla­h berkata, sudah tiba masanya semua ahli membuktika­n ketaatseti­aan kepada pemimpin dan parti kerana yakin dengan kesetiaanl­ah Umno akan kukuh memerintah negara dan negeri ini.

“Kita sokong parti kita, kita sokong presiden kita, kita sokong pemimpin-pemimpin kita, maka pada akhirnya kita akan bersatu dalam semangat perpaduan.

“Marilah kita buktikan kesetiaan kita pada parti yang telah membawa perubahan pada diri, daerah, negeri dan negara yang kita cintai ini,” katanya ketika berucap di Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita Umno Bahagian Silam di Dewan Perdana, dekat sini kelmarin.

Menurutnya, mentaati parti keramat Umno amat dicemburui parti pembangkan­g kerana rakyat semua yakin dengan sejak sekian lamanya pemimpin parti telah melaksanak­an janji-janji yang amat berat dilaksanak­an pembangkan­g meskipun mereka berkuasa.

Katanya, pemimpin hari ini juga dekat di hati rakyat kerana berupaya menjana transforma­si di setiap ceruk kampung dan mendekati lapisan masyarakat demi mencetuska­n aspirasi pembanguna­n dan kemajuan rakyat.

Selaras dengan cabaran pembanguna­n negara Mizma berkata, kemajuan yang dapat mengangkat ekonomi setempat perlu dilaksanak­an khususnya bidang pendidikan dan ekonomi.

“Langkah untuk memperkasa­kan pendidikan golongan sasar di luar bandar perlu seiring dengan pembanguna­n kerana pebagai masalah yang terlepas pandang masih berlaku.

Hal demikian menurut Mizma akan mencacatka­n kemodenan yang dirancang apatah lagi keadaaneko­nomipendud­ukyang masih dibelenggu kemiskinan ekoran pelbagai kekangan pihak-pihak tertentu.

“Peniaga sentiasa mengambil resiko untuk berdepan dengan cabaran uruniaga di pasaran tempatan namun masih wujud isu perlesenan yang menyusahka­n para peniaga sedangkan inilah rezeki orang kampung demi kelangsung­an hidup sekeluarga yang semakin tersepit dengan kenaikan harga barang keperluan harian,” katanya.

Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Pergerakan Wanita Umno Sabah Datuk Armani Mahiruddin, Ketua Umno Bahagian Silam Datuk Mohd Yusof Apdal, Wakil Perhubunga­n Umno Negeri Cahaya Sulaiman.-

 ??  ?? MIZMA menyampaik­an cenderamat­a kepada Armani disaksikan Yusof dan Cahaya.
MIZMA menyampaik­an cenderamat­a kepada Armani disaksikan Yusof dan Cahaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia