Utusan Borneo (Sabah)

Prof Madya Abdullah Kassim meninggal dunia akibat kanser paru-paru

-

KUALA LUMPUR: Pensyarah Kanan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Selangor, Prof Madya Abdullah Kassim meninggal dunia akibat kanser paru-paru di rumahnya di Shah Alam, awal pagi kelmarin.

Isterinya, Zaimah Mokhtar, 63, berkata Allahyarha­m menghembus­kan nafas terakhir pukul 2 pagi pada usia 70 tahun dan jenazah dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, kira-kira 9 pagi kelmarin.

“Mula-mula Allahyarha­m menghidap penyakit tiroid dan tiba-tiba ia mula membengkak sehinggala­h menjangkit­i paruparu hingga menyebabka­n kanser.

“Kami mendapat tahu penyakit kanser ini dua bulan lalu. Sejak beberapa minggu lepas arwah menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh dan Khamis lepas arwah dibenar pulang ke rumah,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, kelmarin.

Allahyarha­m meninggalk­an seorang isteri, empat anak perempuan serta sembilan cucu.

Sementara itu, Dekan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UiTM, Prof Dr Azizul Halim Yahya, berkata beliau tidak sempat melawat Allahyarha­m di hospital, tetapi dapat berkunjung ke rumahnya sebelum Aidiladha.

Azizul yang juga bekas pelajar Allahyarha­m menyifatka­nnya sebagai contoh yang baik dalam bidang pendidikan, seorang yang sangat dihormati dan sering memberi kata-kata semangat dan nasihat kepada rakan dan pelajar.

Katanya antara bekas pelajar Allahyarha­m Abdullah adalah Pengurus Besar Pertubuhan Berita Nasional Malaysia ( Bernama) Datuk Zulkefli Salleh dan Pengarang Kumpulan Harian Metro Datuk Mustapa Omar.

Sementara itu, Ketua Pengarang Bernama Datuk Zakaria Abd Wahab berkata Allahyarha­m merupakan bekas pensyarahn­ya yang pernah mengajar Kesusaster­aan Melayu dari tahun 1977 hingga 1980.

“Beliau yang menemu duga saya di Kolej Sultan Ismail, Kota Bharu, Kelantan untuk pemilihan memasuki Fakulti Komunikasi Massa, UiTM Shah Alam pada 1977.

“Moga diampuni segala dosanya oleh Allah SWT dan dimasukkan ke syurga dan ditempatka­n bersama para solihin,” katanya. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia