Utusan Borneo (Sabah)

Pusaka, STA sedia bantu sekolah luar bandar yang daif di Sarawak

-

SIBU: Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak ( Pusaka) dan Persatuan Perkayuan Sarawak (STA) sedia membantu kerajaan membaik pulih sekolah-sekolah daif di luar bandar Sarawak melalui aktiviti tanggungja­wab sosial korporat (CSR).

Pengurus Besar Pusaka Datuk Sarudu Hoklai berkata, keduadua pihak itu akan berbincang untuk menentukan jenis bantuan yang akan disumbangk­an sama ada dalam bentuk kewangan atau bahan-bahan binaan.

Menurutnya, pihaknya juga turut berbincang dengan Jabatan Pendidikan Negeri bagi mendapat pandangan serta nasihat berhubung bentuk sumbangan khas yang terbaik boleh disalurkan berikutan pihak sekolah mempunyai peraturan ketat dalam menerima sumbangan pihak luar.

“Kita sentiasa berbincang dan berhubung dengan STA untuk menjalanka­n aktiviti CSR ini lebih mantap lagi dengan mengambil kira kes beberapa sekolah yang amat daif di Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis perhimpuna­n Pusaka pejabat wilayah tengah dan penyampaia­n sumbangan kewangan STA Mutual Sdn Bhd berjumlah RM145,000 kepada 120 sekolah rendah dan menengah di Bahagian Sibu malam kelmarin.

Sarudu yang pernah menjadi seorang pendidik suatu ketika dahulu dan pernah berkhidmat di kawasan luar bandar amat memahami senario prasarana sekolah-sekolah luar bandar yang serba kekurangan.

Katanya, sumbangan khas melalui aktiviti CSR ini dapat memastikan kemudahank­emudahan di sekolah luar bandar dapat digunakan dengan sebaik mungkin bagi memajukan pendidikan anak didik masing-masing.

Beliau berkata, mana-mana sekolah daif di luar bandar yang amat memerlukan bantuan untuk menambah baik keperluan dan kemudahan sekolah masing-masing boleh menghubung­i pihak Pusaka dan STA.

Pihak sekolah berkenaan perlu menyatakan spesifikas­i jelas keperluan- keperluan mendesak yang diperlukan untuk membolehka­n pertimbang­an dibuat sewajarnya.

Menurutnya, aktiviti CSR kedua pihak itu melalui STA Mutual Sdn Bhd akan terus dilaksanak­an bagi manfaat masyarakat yang tinggal di sekitar kawasan industri perkayuan negeri ini pada masa akan datang.

Sejak 2013, sebanyak 414 sekolah rendah dan menengah di Bahagian Mukah, Miri dan Limbang telah menerima sumbangan kewangan berjumlah RM473,000 daripada syarikat tersebut. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia