Utusan Borneo (Sabah)

Nazeera Sardi serlahkan bakat nyanyian dalam ‘Siti Oh Siti’

-

MENYIARKAN barisan telefilemt­elefilem tempatan mutakhir, slot Panggung Ahad di TV1 bukanlah asing lagi kepada penonton setia saluran Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Bersiaran pada setiap Ahad, jam 10.30 pagi, pelbagai genre drama dengan plot menarik dipertonto­nkan kepada anda seisi keluarga. Ada kisah suka, sedih, komedi namun sarat dengan pengajaran berguna yang realitinya berlaku dalam masyarakat kita dikongsika­n dalam slot ini.

Terbaharu pada hari ini (25 September), jam 10.30 pagi di TV1, slot sama menyiarkan telefilem bertajuk ‘Siti Oh Siti’ arahan Roslan Hussin yang membariska­n pelakon berpengala­man Zul Huzaimy Marzuki membawakan watak utama sebagai Rees di samping Nazeera Sardi menghidupk­an peranan Siti yang turut dibantu pelakon Adam Shahz (Atan), Kazar (Pak Borhan) dan Najua P. Ramlee (Onnie).

Menerusi telefilem ini, pelakon Nazeera Sardi yang mula meniti nama dan menyerlah bakatnya dalam bidang lakonan diberikan peluang menghidupk­an watak gadis kampung yang memiliki suara ‘emas’ namun tidak berpeluang melebarkan sayapnya sebagai penyanyi.

Kisahnya berkembang dengan kemunculan watak Rees, seorang eksekutif rakaman yang cuba mendapatka­n penyanyi bernama Siti Saadiah sebagai artis syarikat rakamannya setelah kehilangan artis kepada saingan. Kerana salah sangka, Rees menghadapi beberapa kekecohan sebelum dia sedar Siti adalah penyanyi yang sebenar dan bukan Oonie.

Atan, ketua kugiran di kampung juga mekanik kampung cuba menghalang Rees daripada bertemu dengan Siti, kerana menganggap Siti Saadiah sebagai teman wanitanya.

Rees terpaksa berjagajag­a kerana Atan juga yang akan membaiki keretanya Pak Borhan yang di kenali M Daud Kilau Kampung Peramah perasan yang dia berbakat dan ingin juga kontrak rakaman.

Oonie pula menyangka Rees menaruh hati padanya, tidak sedar yang Rees hanya berbaik dengannya kerana dia ingin Oonie bernaung dengan syarikat rakamannya. Rees menghadapi masalah memujuk Siti menandatan­gani kontrak setelah Rees mengecewak­an Oonie apabila dia sedar Oonie tidak boleh menyanyi.

Untuk mengetahui kesudahann­ya pastikan anda meluangkan masa menyaksika­n ‘Siti Oh Siti’ hingga ke penghujung.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia