Utusan Borneo (Sabah)

Menjaga kebersihan persekitar­an pekan tanggungja­wab bersama

Menjaga kebersihan persekitar­an pekan tanggungja­wab bersama

- Oleh DELLROY

NABAWAN: Menjaga kebersihan persekitar­an pekan adalah tanggungja­wab bersama dan bukan diletakkan dibahu Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sahaja.

Pembantu Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur Datuk Bobbey A. Suan berkata, menjaga kebersihan pesekitara­n pekan terutama kawasan premisprem­is perniagaan adalah tanggungja­wab bersama termasuk orang ramai.

Katanya, menjaga kebersihan bukan untuk keindahan persekitar­an sahaja tetapi yang lebih penting adalah menjaga kesihatan masayaraka­t terutama dalam usaha mencegah wabak demam denggi dan yang terbaharu virus zika yang mula menular di negara ini.

Bobbey yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri ( Adun) Nabawan berkata demikian semasa berucap melancarka­n Program Gotong- Royong Perdana sempena kempen kawalan demam denggi dan virus zika peringkat daerah Nabawan di tapak tamu, di sini pada Khamis.

Seramai kira- kira 300 masyarakat pelbagai lapisan terdiri dari pegawai dan kakitangan jabatan dan agensi Kerajaan Persekutua­n dan Negeri, badan- badan sukarela, ahli- ahli parti politik dan peniaga di daerah ini menyertai gotong-royong itu.

Bobbey dalam ucapannya turut memuji usaha Pejabat Daerah Nabawan yang diterajui oleh Pegawai Daerah Fredian Gan dan Ketua-ketua Jabatan dan agensi kerajaan yang menjayakan program gotong-royong itu.

Katanya, penglibata­n pemimpin-pemimpin masyarakat di daerah ini menunjukka­n kesedaran mereka betapa pentingnya pencegahan pembiakan nyamuk aedes dan penularan virus zika yang boleh memudaratk­an kesihatan.

Jelasnya, gotong- royong memberish kawasan persekitar­an pekan perlu diteruskan dari masa ke semasa bagi memasti ia sentiasa kelihatan bersih dan bebas dari pembiakan nyamuk aedes.

Beliau juga meminta pemimpin-pemimpin masyarakat agar menyampaik­an informasi yang berkaitan dengan pencegahan wabak denggi dan virus zika kepada masyarakat di bawah pimpinan masingmasi­ng.

Hadir sama Ketua Daerah Nabawan OKK Sayau Tangkap, Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat ( PPM) Nabawan Jubilin Kilan, ketua-ketua jabatan dan pemimpin- pemimpin masyarakat.

 ??  ?? BOBBEY bersama Fredian bergambar kenangan dengan peserta gotong-royong perdana itu.
BOBBEY bersama Fredian bergambar kenangan dengan peserta gotong-royong perdana itu.
 ??  ?? (Gambar atas) PEGAWAI dan kakitangan Klinik Kesihatan Nabawan turut menyertai gotong-royong itu. (Gambar bawah) KELIHATAN beberapa anggota Rela yang menyertai gotong-royong itu.
(Gambar atas) PEGAWAI dan kakitangan Klinik Kesihatan Nabawan turut menyertai gotong-royong itu. (Gambar bawah) KELIHATAN beberapa anggota Rela yang menyertai gotong-royong itu.
 ??  ?? BOBBEY, Fredian bersama pemimpin-pemimpin masyarakat membersih sampah di kawasan tapak tamu Pekan Nabawan.
BOBBEY, Fredian bersama pemimpin-pemimpin masyarakat membersih sampah di kawasan tapak tamu Pekan Nabawan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia