Utusan Borneo (Sabah)

Menunggang unta di Sharm el-Sheikh

- KHABAR DARI KAHERAH NORKAIDAWA­TI ABDUL MAJID

S

HARM el-Sheikh adalah salah satu destinasi pelanconga­n utama di Mesir. Bandar ini terletak di pantai Laut Merah, di tanjung yang menghadap ke Selat Tiran di muara Teluk Aqaba.

Kira-kira dua minggu lalu, saya sekeluarga berkesempa­tan bercuti di Sharm el-Sheikh. Seawal jam 7:20 pagi, kami menaiki pesawat Egypt Air yang berlepas dari Terminal 3 Lapangan Terbang Antarabang­sa Kaherah.

Lebih kurang sejam kemudian, pesawat yang kami naiki selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabang­sa Sharm elSheikh. Udara pagi yang nyaman menyambut kehadiran kami. Masingmasi­ng membawa beg pakaian bersaiz kabin sahaja termasuk anak yang bongsu.

Ternyata perjalanan lebih cepat kerana kami tidak perlu menunggu beg. Lancar sahaja pergerakan turun dari pesawat, menaiki bas khas ke terminal dan terus sahaja menuju ke pintu ketibaan. Kami disambut mesra oleh John yang akan mengiringi kami sehingga ke hotel.

Kemudian, kami menaiki van menuju ke Barcelo Tiran Sharm, iaitu tempat penginapan kami selama berada di Sharm el-Sheikh. Menurutnya, jalan raya di Sharm el-Sheikh lengang sahaja. Perjalanan pun lancar. Tidak sesak seperti di Kaherah.

Selang 15 minit kemudian, kami tiba di hotel. Suasana di lobi hotel agak lengang. Sementara menunggu bilik siap, kami mula memilih aktiviti bersesuaia­n yang ingin dilakukan sepanjang berada di Sharm el-Sheikh dengan bantuan John.

Aktiviti hari pertama, cabaran menunggang motosikal bertayar empat merentasi padang pasir. Sebelum bergerak, petugas menerangka­n secara ringkas cara-cara mengendali­kan motor. Kami dilarang memotong motor lain dan dikehendak­i bergerak dalam satu barisan.

Memikirkan udara yang berdebu, kami membeli kain untuk dijadikan penutup hidung dan mulut. Petugas di pusat motor memakaikan kami kain yang baru dibeli. Bukan hanya kami. Orang lain pun mereka pakaikan juga.

“Ada cara lainkah untuk ke tempat makan malam Badwi selain daripada menaiki motor?” Saya teringat tentang pertanyaan yang diajukan kepada John.

“Kalau begitu tidak seronok lah,” kata John tanpa menyebutka­n cara lain yang boleh jadi ada itu.

Dari pusat motor, dengan diketuai oleh seorang jurupandu di hadapan, pergerakan di jalan raya lancar sahaja. Di belakang, ada petugas yang cekap mengawasi pergerakan kumpulan. Terdapat kirakira 20 buah motor bergerak dalam satu barisan. Sesekali kami diarahkan berhenti untuk memberi laluan kepada kumpulan lain.

Banyak kali juga kumpulan kami terpaksa berhenti kerana motor peserta di hadapan menghadapi masalah. Ada antara peserta yang tidak sabar, mula bertindak memotong barisan, namun segera ditegur oleh petugas kerana tindakanny­a itu boleh mendatangk­an bahaya.

Perjalanan menjadi kurang lancar sebaik sahaja memasuki kawasan padang pasir. Di kejauhan, kelihatan suluhan lampu dalam barisan yang panjang. Selepas entah berapa minit perjalanan, kami berhenti di Lembah Gema. Kami dikehendak­i turun dan membentuk satu barisan bahu-membahu. Beberapa perkataan dilaungkan beramai-ramai secara serentak. Satu perkataan setiap laungan sehinggala­h gema kedengaran.

Kemudian, perjalanan disambung kembali. Berhenti pula untuk kali kedua. Kali ini, berhenti minum di kafe Badwi. Sebotol air mineral berharga LE15. Hampir 8 kali ganda dari harga biasa! Disebabkan dahaga, kami beli juga.

Akhirnya, kami tiba ke destinasi yang dituju.

“Barcelo? Naik unta. Ikut saya.” Ujar lelaki yang sudah mengambil baki bayaran, awal-awal lagi sebelum bertolak dari pusat motor. Dia sedia maklum akan pakej yang kami ambil. Tugasnya adalah memastikan kami melakukan semua aktiviti yang sudah dilunaskan pembayaran­nya.

Lima ekor unta sedia menunggu. Bermacamma­cam sangkaan menujah fikiran. Dalam teragak-agak, saya teruskan juga. Anak bongsu duduk dengan saya.

“Hakimi ok? Pegang kuatkuat,” begitu pertanyaan dan pesanan yang kerap saya ulang-ulang.

Usai aktiviti menunggang unta, kami berenam menuju ke ruang berhampira­n pentas. Kami duduk tidak jauh dari pentas persembaha­n. Minuman mula dihidangka­n. Tidak ada sebarang caj dikenakan kerana semuanya sudah termasuk dalam pakej Makan Malam Badwi. Selang beberapa minit kemudian, Jorjis, iaitu jurupandu kami pun muncul.

“Tengok bintang. Ikut saya,” pelawa Jorjis.

Kami mengekorin­ya. Jorjis meninggalk­an kami di lereng bukit dengan Hayni. Hayni menerangka­n kepada kami tentang bulan, bintang-bintang dan buruj Orion. Kami bebas bertanyaka­n soalan. Hayni cekap mengendali­kan teleskop. Melalui teleskop, kami dapat melihat Zuhal dan bintang Sirius, iaitu bintang yang paling terang di galaksi. Paling jelas dapat dilihat adalah bulan kerana ia paling dekat dengan bumi. Kawah di permukaan bulan juga dapat dilihat dengan begitu jelas sekali. Hayni membantu mengambilk­an gambar bulan yang kelihatan di teleskop.

Dari tempat kami melihat bintang dan bulan, bunyi irama muzik jelas kedengaran. Setelah selesai, kami kembali ke tempat duduk menyaksika­n persembaha­n. Penonton dihiburkan dengan pertunjuka­n api dan persembaha­n tarian tradisiona­l.

Makan malam disediakan secara bufet. Ada ayam bakar, pasta, sayur, dan buah-buahan.

Malam semakin larut. Kami kembali ke pusat motor. Dari pusat motor, kami menaiki van balik ke hotel.

“Mama, nak naik motor lagi. Bila lagi kita naik motor? Hakimi nak naik motor lagi.” Anak bongsu bertanya sekaligus meminta. Tentu dia berasa seronok dapat naik motor bersamasam­a abahnya.

“Kita tak naik motor dah. Besok kita ada aktiviti yang lain pula.”

 ??  ??
 ??  ?? PENULIS menunggang unta bersama anak bongsu.
PENULIS menunggang unta bersama anak bongsu.
 ??  ?? MENUNGGANG motosikal bertayar empat merentasi padang pasir.
MENUNGGANG motosikal bertayar empat merentasi padang pasir.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia